KERJA
Assalamualaikum..
Minggu ini minggu yang sungguh sibuk bagi aku. Hari ini sahaja aku buat tiga kerja….paginya aku ada mesyuarat tuk membantu seorang rakan baik ku…membuat persembahan “motivation” dalam bentuk yang baru…design muzik dan apa sahaja yang bole menyokong cara persembahan nya supaya berada dalam suasana yang segar dam boleh mencuit hati pelanggan nya…
Balik dari mesyuarat aku bergegas ke dalam studio untuk menyiapkan susunan muzik kumpulan Hijjaz yang telah dua minggu aku usahakan namun masih tidak sampai pada tahap yang aku inginkan…rasanya kaku,tidak seperti biasa…mengapa?..aku tiada jawapan…lagu ini telah pun berusia 13 tahun. Isman secara peribadi meminta lagu ini dimuatkan dalam album terbaru mereka yang sedang dalam pembikinan…projek yang bagi aku akan membangkitkan semula rasa rasa yang lama tidur…]
Dan sekarang aku berada di dalam studio yang lain menyiapkan lagu kasih dendangan kumpulan Hijjaz…baru sebentar tadi string live dimasukkan …dimainkan oleh en azlan..salah seorang pemuzik orkestra yang berpengalaman…sekarang ini hj eddie marzuki sedang masuk acoustic guitar…indah bunyi nya bila instrument live di masukkan dalam sesebuah lagu..setiap pemain berkongsi rasa melalui alat muzik masing masing dan itu yang akan menyebabkan lagu ini mempunyai rasa yang berbagai secara teknikalnyaaa…bunyi nya menjadi besar dan menambah edrenalin dalam sesebuah lagu….sungguh ….Alhamdulillah….
Bekerja dengan sepenuh hati ..insyaAllah akan mendapat bantuan daripada Allah..dengan dorongan yang tidak kita jangka….melempiaskan rasa rasa yang tidak kelihatan kepada hati hati yang menunggu untuk di isi…bercambah kecintaan kepada penciptaNya…..mendorong membuat kebaikan dan mensyukuri pemberian nyaaa dengan beribadah pada yang hak…jika kerja itu di anggap satu amanah marilah kita bermotivasi melakukan nya hanya kerana Allah…memang senang di ucapkan tetapi sekurang kurang nya..bergerak walau selangkah lebih afdal dari berdiri kaku menunggu sesuatu yang tiada jaminan….
wassalam…..
