PERJALANAN HIDUP

Assalamualaikum…

Detik hidup kita bermula sejak dari azali lagi…bagaimana penciptaan langit dan bumi yang sempurna..maka di jadikan kita manusia sesempurna kejadian dan menjadi khalifah ,petunjuk pada yang mahu akan kebenaran.Manusia dilahirkan boleh berkata kata dengan bahasa yang sempurna…pokok pokok tidak begitu,haiwan juga tidak terpilih untuk menzahirkan kalimah kalimah agung bagi memuji kebesaran Ilahi. Itu yang di gambarkan sebagai khalifah….mana mana manusia yang memuji dan memuja nama Tuhannya maka ia tergolong dalam kalangan orang orang yang beruntung…

Perjalanan hidup sebentar cuma…yang panjang selepas peninggalan kita ..dunia yang kita duduk sekarang ini….bagaimana pula dunia yang satu lagi…satu lagi..satu lagi…satu lagiii…apakah kita akan mendapat keselesaan seperti ini….aku berfikir sejenak bolehkah aku lari dari menempuh masa depan…adakah aku punya rakan dan taulan yang dapat membantuku pada masa depan?…apa jaminan nya aku akan selamat di sana?…

Dua hari ini aku merasakan bahawa  sanya aku hanya insan yang sangat lemah….debar di dada sangat kencang dan setiap detik merasakan akan kepincangan pada diri..apa sandaran nya yang akan aku bawa..jika ada pun adakah ianya laku seperti mata wang di dunia ini…apa yang membolehkan kita menyambung perjalanan menuju Allah….

Perjalanan hidup…..pasti kita akan merasa sakit jika tersandung semasa dalam perjalanan…kerana perjalanan itu hidup dan punya nafas nya yang tersendiri..pabila kita letih mampukah kita di beri ruang untuk berehat barang seketika..jika dahaga mampukah kita mendapatkan nyaa..jika sesat boleh kah kita bertanya arah tuju….bagaimana pula jika ianya malam?…adakah cahaya yang memandu kita ke depan?…jika siang adakah yang meredupkan kita?…

Kembali pada sunatullah sepertimana yang di ajarkan oleh baginda rasul..hidup perlu kelompok atau jamaah..kerana hanya dengan berjamaah kita mampu untuk merungkai berbagai bagai kotak bicara yang tak mampu di ungkap sendirian…perjalanan selamat dari ancaman musuh..secara dasar apabila bekerja sendirian lambat keputusan nya tetapi  secara jamaah akan menjadikan kita kuat,kukuh dan menjadi panduan pada orang lain…kekuatan nya juga terletak kepada pimpinan yang punyai agama..kerana agama itu adalah susunan…kita pasti akan mendapat tempat yang adil dan menjadi benteng daripada kemungkaran…

Perjalanan hidup sebenarnya telah di tunjukkan contoh nya …dalam SOLAT.

Wassalam…..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Catitan

View My Stats

Follow nasyeed on Twitter




23 queries. 1.218 seconds.