Hari Lahir

Assalamualaiku…

Selama hidup aku 39 tahun inilah kali pertama yang paling banyak aku dapat ucapan hari lahir…itupun kerana aku ada account Face book…ku ucapkan terima kasih pada mereka yang sudi menganjurkan selamat ulang tahun ku….terharu dan rasa syukur…

Sebelum sebelum ini aku tidak pernah ambil peduli akan tarikh itu kerana bagi aku itu tidak penting dalam hidup aku….hanya nombor dan sebagai peringatan peribadi..tetapi apabila ini berlaku pada aku sehari yang lepas ada suatu perasaan yang sangat aneh dan aku sendiri tak pernah rasa sebelum ini..ada orang yang menghargai kita..aku mempelajari suatu ilmu yang baru….rasa kasih sayang..rasa ambil berat walau hanya ucapan selamat hari lahir…Allah hu Rabbi…betapa cinta Allah itu di dapati berbagai bagai cara…baru aku mengerti pada peringkat ini….selain daripada tunduk dan akur Allah itu tuhan kita….bersangka baik pada Allah itu juga suatu yang di tuntut…hanya cara dan perlaksanaan nyaa sahaja yang berlainan…

Mulai saat itu aku tidak lagi merasa kepelikan orang meraikan tarikh lahir ini…suatu cara manusia melempiaskan kecintaan kepada manusia yang lain…semuanya kerna Allah yang salurkan rasa itu…AR RAHMAN…AR RAHIM…dan aku berazam untuk meraikan jugak rasa kasih sayang itu kepada orang yang aku kenali dan memecahkan “taboo” yang merungkai aku selama ini….perlu di mulakan pada diri sendiri…..aku ucapkan ‘ SELAMAT HARI LAHIR” pada diri ku sendiri….wallahu’alam

wassalam…



Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Catitan

View My Stats

Follow nasyeed on Twitter




23 queries. 1.737 seconds.