Dinihari

Assalamualaikum..

Sering memburuku..aku terkesima..aku sayu..aku sedih dan aku merayu buailah hati ku dengan bunga bunga asmaraMu,,,aku ingin karam dalam rasa ini kerana aku tidak akan mendapatkan nya lagi bila fajar menyinsing dan berlalu perginya ….. dinihari….

Aku akui aku tidak mengerti akan rasa rasa ini tetapi aku cemburu bila ianya hendak meninggalkan aku…hanya airmata menjadi saksi sebagai rasa dari hati dan jiwa ku..mulut tidak mampu untuk memperkatakan apatah lagi anggota yang lain..tidak punya upaya untukĀ  berbicara….

Aku ingin meninggalkan apa yang berada di depan mataku..aku ingin secepat mungkin tuk aku bertemu dengan kekasih hatiku dan memadu cinta ke kemuncaknyaaa tetapi aku diselubungi selendang merah…ingin ku ubah menjadi putih….aku tak mampu,,,aku tak mampu…..nafsu sering memburuku…aku tidak mahuuu..aku mahu cintaMu….mataku bersaga menahan lena…jika terlena aku akan hanyut dengan perasaan yang tercemar….junjunglah aku ke menaraMu agar aku dapat melihat kekuasaaanMu…aku bosan dengan fatamorgana ini….

Setiap detik aku terdedah dengan kemungkaran…aku sudah tidak sanggup untuk mencederakan jasad dan roh ku..aku terpenjara..aku cedera tidak berdarahh..aku kalah didalam cerahhh….hindarkan amarah menguasai aku…aku tidak mahu menjadi sebahagian dari yang tidak bersyukur…aku mahu menguis dosa….memadam noda…menghurai simpul yang membebankan…..

Wahai Tuhan yang maha pemurah yang memberikan segala kehidupan….bebaskan aku dari segala kemungkaran…aku tak mampu,aku bersalah,aku kesal,aku hina,aku tidak berkuasa,aku mahu menjadi hamba,aku tidak mahu menjadi ego, pemarah dan segala yang kiri……pandulah aku kepada Mu…..bersihkan hatiku dari segala yang mengaibkan…dah tak mampu untuk menampung kesalahan kesalahan yang nampak dan berselindung…aku tak mahu menjadi munafik….sebarkan cintaMu pada ku dan orang orang sekeliling ku…..

Aku merunduk padaMu…di dinihari …..HARI AGAMA….

wallahua’lam

Wassalam….

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Catitan

View My Stats

Follow nasyeed on Twitter




21 queries. 4.356 seconds.