MANUSIA
Assalamualaikum..
Hari ini aku di jemput ke Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya untuk menjayakan satu majlis yang di beri nama” Discovery Of Islamic Culture and Arts“. Undangan ini aku terima sebenarnya berpunca dari Muadz yang mahu aku bersamanya berkongsi pengalaman berkenaan seni dalam Islam.
Aku tidak ada apa apa point yang sebenarnya tuk di perkatakan …berbekal kan pengalaman yang sedikit dalam bidang seni aku memberanikan diri memenuhi undangan tersebut.Maklum lah kena berhadapan dengan bakal pemimpin pemimpin negara . Mereka mempunyai akal yang cerdas . Maka perkataan dan pernyataan yang hendak di keluarkan mestilah yang mempunyai nilai estetika dan ilmu yang tinggi….Aku hanya mempunyai pengalaman hidup…
Begitupun apa yang aku dapati mereka sangat sangat memerlukan pendedahan pendedahan yang datang dari pemain pemain yang benar benar dalam bidang nyaaa…bidang aku bidang seni..menjurus kepada muzik nasyeed..maka apa yang aku perkatakan kepada mereka nampak nya ada kesan positif….cas yang diperlukan untuk mereka bergerak pada landasan yang betul walaupun tidak sesempurna pada pandangan mata kasar orang lain…
Sebagai contoh…industri muzik bukan hanya tertumpu kepada penciptaan lagu dan lirik..ianya lebih dari itu….secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian…..produksi yang termasuk dalam…penciptaan lagu dan lirik,pemegang hak penciptaan, rakaman,pemuzik.studio,rekaan kulit album,konsep artiste dan banyak lagi…kemudian nya kepada A&R…artiste and reportier…yang menjuruskan produk kemana hendak di bawa..konsep album kemana hendak di bentuk dan di sasarkan…..marketing …….menjurus kepada perluasan pengaruh….sales and distribution….penjualan dan pungutan jualan… A&P….iklan di mass media..tv,radio,suratkhabar,elektronik dan sebagainyaa….ini hanya sebahagian kecil sudut sudutnyaaa…..
Semua ini sebenarnya ada di mana mana industri…..hanya pemain dan mekanisma nya sahaja yang berlainan…berkaitan dengan human resource..manusia yang mempunyai kepandaian mengurus dan yakin akan apa yang dibuat akan mendapat manfaat…Dari ucapan aku tadi sekurang kurang nya aku dapat berkongsi sudut yang aku hadam walaupun bukan seluruhnya…..Makna masih banyak ruang dan pemain yang ramai diperlukan…yang berkualiti…tetapi itulah masalah nyaaa….
Penulis lirik yang baik…Loloq,penata cahaya yang bagus…Jalil Ngah, A&R yang rajin…En Azmi EMI, penerbit yang luas pandangan Andi Rahman, pencipta lagu yang unggul J.S Kevin, penyanyi yang punya aura Ustaz Asri Ibrahim,penerbit Filem yang kreatif Yasmin Ahmad sehingga kepada manusia yang serba serbi hebat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee….semuanya kembali ke rahmatullah….siapa yang dapat mewarisi kehebatan mereka?……mengapa Allah belum lagi menggantikan mereka ini dengan seseorang ataupun mereka ini sudah ada tapi belum lagi terserlah keupayaan nya…..bagi aku kerana kita tidak pernah atau kurang memuliakan orang orang yang sebegini…maka kehadiran mereka ……begitulah….selalu sangat kita lihat bila dah meninggal barulah ada orang yang memuliakan mereka…sedih….tetapi tidak mengapalah..kerana kemuliaan Allah lebih indah..biar tidak di pandang mata..namun di hati tidak lupa…
Bak kata Almarhum Syeikh Ahmad Deedat kepada ku semasa aku bertemunya di South Afrika pada tahun 2001….berbicaralah dengan hati untuk hati mendengar….jika berbicara mulut dengan hati ianya hanya seperti menumpahkan air di daun keladi…..
Aku hanya memahani akan maksudnya selepas lapan tahun aku bertemu dengan nyaa..iaitu ramadhan yang lalu….muzik boleh berbicara begitu…maka pada pengkarya termasuk aku sendiri …disandarkan harapan kepada Allah agar boleh berbicara dari hati untuk hati…kerana kita semua adalah MANUSIA…..
Wallahu’alam
Wassalam….
