Pengurusan Acara

Assalamualaikum…

Kali ini aku mahu keluar sedikit dari ruang garisan kerja aku..namun tidak lah tersasar terlalu jauh..masih lagi dalam acuan nya..kebelakangan ini aku sedikit resah apabila aku meletakkan diri ku dalam sesuatu acara ….spesifik nya…persembahan pentas…terlalu banyak yang perlu di pelajari oleh orang orang kita….bukan apa kan semua kerja yang baik disusun dengan baik akan jadi yang terbaik……jika tidak tersusun yang baik akan jadi terbalik…..

Ianya bermula …samada aku bersama Dendang Anak atau dengan kumpulan kumpulan yang lain membuat persembahan…semua yang berkaitan ingin laksanakan yang terbaik….tetapi garis panduan nya tersasar…kerana itu Pengurusan Acara sangat sangat memainkan peranan….bagaimana …..itu tidak akan ku sentuh di sini kerana aku harus menghormati statusnya sebagai professional.

Pengiktirafan Pengurusan Acara sebagai salah satu cabang pemain  utama dalam industri music…..UITM dan Kolej Lim Kok Wing….menganjurkan program sehingga kepada tahap sarjana. Ini menunjukkan pengurusan acara mempunyai S.O.P yang tersendiri..Nasyeed.Com sendiri tidak terpinggir menyambut cabang kerja ini…boleh di katakan setiap “intake” yang ingin membuat praktikal di sini datang nya daripada fakulti tersebut.

Mungkin ramai yang tidak perasan..inilah cabang kerja yang tidak ada tarikh luput….selain daripada industri makanan dan hiburan….kerana setiap saat akan ada acara samada cara rasmi atau sebaliknya…scale yang besar atau kecil dan…..di urus dengan sempurna atau yang lintang pukang..semuanya perlu kepada kesedaran yang tinggi ….secara peribadi aku bersyukur Nasyeed.Com sudahpun menjadi salah satu pemain yang penting dalam bidang ini….dikenali sebagai ISLAMIC EVENT.….maka aku menganjurkan kepada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat kami….silalah merujuk kepada laman sesawang kami di…www.nasyeed.com….

Insya ALlah….semuanya sudah ada di landasan dan aku menjangkakan nasyeed.com akan menjadi helang pada suatu masa nanti…helang mempunyai mata yang sangat tajam dan mempunyai misi yang tepat ..hanya menunggu kordinat kordinat yang bersamaan dengan nya  meyambut dan terus bersama terbang tinggi…Transform…..menjadi seperti burung Rajawali….

RAJAWALI TERBANG TINGGI……..

Wassalam……

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Catitan

View My Stats

Follow nasyeed on Twitter




21 queries. 1.454 seconds.