MAKANAN

Assalamualaikum…

Adalah dengar dengar orang kata..hidup tuk makan….atau makan tuk hidup….mana satu yang betul?….bagi aku dua dua betul dari pembentukan ayat..dua duanyaa kata kerja….maka jika peperiksaan bahasa malaysia akan dapat lah markah penuh..cuma nyaaa…yang pertama tu layak untuk di berikan kepada hidupan berekor……seperti kuda..monyet..buaya dan spesis sepesis yang bersamaan dengan nyaaa….manakala frasa makan untuk hidup sinonim pada yang bernama manusia….

Makanan ..bagi aku ..nikmat dunia yang ada sangkut paut dengan akhirat …ada orang kata makanan jasad..makanan roh makanan minda makanan itu dan makanan ini.Yang penting segala makanan yang mahu di hadam mesti dipilih yang terbaik supaya kenikmatan semasa makan akan dapat di rasai sepuas puas nyaa….selepas makan apa biasa kita akan rasa?..kenyang…bagi yang orientasi fizikal seperti nasi,buah buahan dan sebagainya…..makanan minda?…akan ada rasa konfiden dan berperwatakan penakluk dan menguasai suasana..manakala makanan roh rasa bertuhan,tenteram,aman, insaf dan punya rasa kemanusiaan yang tinggi…..hehehehhe….

Makanan juga boleh menjadi satu tanda aras bangsa bangsa yang di jadikan oleh Allah di muka bumi ini. Orang cina makanan nya kita bole kenal…sup serta yang banyak herba….orang india banyak gunakan rempah ratus dan yang pedas pedas…..orang arab dan mediterranean lebih kepada daging,roti dan buah buahan…orang eropah lebih kepada roti dan minuman minuman yang berteraskan anggur….orang melayu bagaimana?….istimewa..kerana makanan nya berbagai…orientasikan alam..masak lemak,asam pedas,ulam ulam dan sebagai nyaa….aduhhh….terasa pulak air liur ni mengalir….terkesan…hehehe.

Di Malaysia khususnya..makanan sudah menjadi salah satu alat sosial ..mana mana saja jika kita pergi….majlis majlis rasmi atau tidak pasti makanan akan di hidangkan..makanan menjadi erat dan membolehkan masyarakat bersatu…sekurang kurang nya pada masa makan..hehehehe……

Oleh kerana makanan sudah menjadi  salah satu cabang hidup maka kita boleh lihat bercambahnya segala macam jenis kedai makan,restaurent,cafe dan apa sahaja yang orientasi nya begitu..semuanya berlumba untuk memenuhi keperluan selera .Pada yang tak memenuhi selera akan gulung tikar dan guyupppp….

Kerana itulah di dalam kehidupan kita yang beragama..makanan sangat sangat di titik beratkan …sumbernyaa halal dari mata kasar dan halus….elemen yang ada dalam makanan,adab makan dan undang undang makan di dalam Islam….makanan laut tidak boleh bercampur dengan makanan darat…mudarat jadi nya atau bahasa mudah menjadi racun di dalam tubuh…adab makan di dalam Islam …makan duduk jangan berdiri makan guna tangan kanan… ada doa makan… sebelum makan basuh tangan….makan makanan yang tidak terkena api dahulu sebelum makan makanan yang berat2….makanan tidak boleh dicerca ..jika suka makan lah..jika tak suka tinggalkan …semuanya di ajar begitu supaya manusia berbeza dengan yang punya ekor….indah kan..asbab makanan juga boole menjadikan manusia berperang…..tidak pelik..kerana antara asbab utama Abu Jahal memerangi Muhammad Bin Abdullah …..air zam zam..sumber makanan dan sumber utama ekonomi Makkah….

Semua itu rezeki yang Allah telah kurniakan pada kita….kita ni hanya lah penerima yang masih di beri kesempatan untuk menikmati nikmat yang di hamparkan…..kerana itu Allah menurunkan surah Ar-Rahman..antara lainyang di petik…..NIKMAT ALLAH YANG MANA SATUKAH YANG KAMU DUSTAKAN…..

Nikmati dan beryukur pasti Allah akan tambah….dan jangan lah kita membazir…membazir itu sahabat Syaitan….

Asbab makanan juga ada lagu…enak didengar di telinga…

GENDANG GENDUTTT…TALI KECAPIIII….

KENYANG PERUTTTT…SUKA HATIIIII….

Wallahua’lam

Wassalam…

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Catitan

View My Stats

Follow nasyeed on Twitter




21 queries. 1.343 seconds.