MUZIK BERKUMPULAN

Assalamualaikum…

Didalam persembahan langsung penonton lebih tertarik melihat persembahan berkumpulan berbanding solo. Tahu tak kenapa?….vibes yang terhasil lebih dari seorang tu yang mempengaruhi audience…lebih ramai lebih baik…lihat saja lah persembahan orkestra….lebih penuh line nya…bunyi yang terhasil boleh melonjak perasaan kita…aku akui lebih suka lihat muzik yang dimainkan sebegitu..jika ada peluang tengok sekurang kurang nya live band….aku akan layann…jika beruntung dapat jamming sekali…wahhh….

Ada orang bertanya pada aku…..senang ke jika nak buat group ni?..aku tanya balik..gorup cam mana?…boy band ker…..yang cam westlife, all for one atau….. band….ada alat muzik dan sebagai nya…itu satu perbezaan ketara beb…atau nak buat kombo…iring persembahan artis..yang mana satu pilihan kalbu……

Itu semua teknikal lah….yang penting disiplin..aku sendiri punyai dua group rock pada zaman aku 15 tahun yang lepas…pertama dengan EAST…ini band…group aku semenjak sekolah..kami tubuhkan akibat daripada kegilaan battle of the band dan battle of the rock….back to 1986…kurang lebih….semua indah….kami boleh bertahan hampir 10 tahun ..dapat menghasilkan 2 album….self title East under Noize Records dan Generasi Metal under NSR……semuanya bertitik tolak kepada kecintaan terhadap muzik…maka tak adalah istilah cah keting..masing masing bersifat jujur kepada anggota kumpulan…setakat bertekak itu lumrah…hari ni masam muka ..esok dah ok balik…sebab bila dah sama sama…petik gitar,bass,ketuk dram dan nyanyian berkumandang yang lain lain cam terasa terbang bersama muzik yang di alun..habis latihan dah jadi normal….kemudian kami pergi cai(minum).

Bersama Barongan ada sedikit kelainan.Pertemuan bukan asbab kecintaan pada muzik..itu dah tertanam..lebih kepada eksperimental apa yang ada pada diri masing masing…semua anggota pada masa itu pemain dalam industri muzik secara total..menjadi pemuzik undangan,penyusun muzik,pencipta lagu dan menjadi jurutera bunyi..aku masih ingat pertemuan pertama di Menora Studio kepunyaan Shaari Amri di Danau Kota….kebetulan aku baru sampai dari Turki selepas menghabiskan kerja kerja editing filem Muhammad The Last Prophet..

Aub yang pertama menyapa aku…” Syam tak leh nak joint projek ni mie..ko jer lah yang ganti tempat dia…aku kata ok…tapi sementara jer lah”…sebab aku tahu ….bila ngan group ni banyak yang perlu di korbankan..masa,perasaan, kewangan dan sebagainya….ringkas nya…disiplin..mana mana kerja yang tak ada disiplin akan hancur….aku dulu masih tak faham akan makna disiplin secara melangit….itu antara sebab kami ambil keputusan ….buat kerja masing masing balik..dan syam ..masuk semula dalam group ini..sebab dia memang layak untuk itu..Barongan sempat untuk 2 album studio…ok lah tu…

Moral cerita yang aku nak kongsi ialah….pengetahuan dalam bidang yang hendak diceburi bukan sekadar dari pembacaan…kadang kadang kita terpaksa berada dalam suasana yang bukan kita fikirkan…namum jangan panik..kita cuba hadapinya dan selesaikan dengan cara yang terbaik…mintak nasihat dari orang yang pernah lalui..dan berkongsi idea secara objektif dan berkumpulan..kerana  muzik berkumpulan ni bukan terhasil dari satu aliran..mesti ada dual…memberi dan menerima…proses dan tengok hasilnya…..bayangan..kemudian ….yang nyata..selari tak?..jika ya teruskan ..jika tidak patah balik dan fikir alternatif….

Paling utama….bersabar dan istiqamah…ini kata kunci bagi mereka yang hendak berjaya…Diriku sendiri diam tak diam  sudah berada dalam industri ini ..bermula 1989 ..dan sekarang sudah pun tahun 2010….itu jer lah kerja yang aku tahu..yang lain2 kalau di suruh mau nangis aku….syukur dengan apa yang Allah kurnia….seni yang ini bukan semua orang ada….maka jagalah dengan sebaik mungkin..hikmah nya hanya akan terhasil apabila kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini..usah lah fikirkan…..buat sajalah yer…..sifat hamba menebal…kita akan berjaya..InsyaALlah…

wallahua’lam

Wassalam……


One Response to “MUZIK BERKUMPULAN”

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Catitan

View My Stats

Follow nasyeed on Twitter




23 queries. 1.959 seconds.