AL HAQ
Assalamualaikum…
Hari ni aku ke NAR studio menyaksikan rakaman drum untuk album nasyid Hijjaz . Pemain drumnya Gary Gedion…salah seorang pemuzik yang dah lama bergelumang dalam industri muzik tanah air..seorang nasrani namun punya sifat rendah diri dan mempunyai azam dan ilmu muzik yang tinggi sehingga saat ini umur nya sudah menjangkau 50 tahun masih boleh cari makan..hanya bermain drum…
Kuncinya ialah …kebolehan menguasai ilmu muzik dengan baik….siapa saja yang punyai ilmu dalam bidang yang di ceburi pasti dengan izin Allah akan mendapat tempat…aku risau dengan apa yang berlaku dalam irama nasyid….masing masing cuba untuk membuat kelainan tetapi agak malang hanya segelintir yang mengetahui apa yang dilakukan betul dan berilmu….
Masa rehat tadi aku tanya gary…bro lu tak ambik ker student?…jawab gary….ambik..tapi yang dah pandai main drum lah..kalau yang baru baru nak belajar….wa malas sebab..dia orang sendiri tak tahu apa yang dia orang hendak..especially budak2 kecik atau yg tak tahu langsung pasal muzik…do re mi…..so gua nak start dari mana beb?…hahaha…betul….nak start dari mana?….
Berapa ramai yang memahami mengapa muzik penting bagi manusia?…buat masa ini yang aku perhatikan di tanah air ku tercinta..muzik dianggap sebagai satu elemen untuk santai……tidak lebih dari itu..muzik menjurus kepada kezaliman,maksiat dan negatif saja…sehinggakan ada dari golongan yang alim juga melabelkan suatu kerosakan…
Salah kita juga sebenarnya…lihat di mana mana negara yang maju…muzik.atau secara lebih luas skopnya…budaya…atau orang lain kata ….tamadun….mereka bangga dengan kelahiran pemuzik pemuzik handalan….dahulu eropah punyai begitu ramai pemuzik yang tersohor..Beethoven,Chopin, Bach dan ramaii lagi..menyumbang kepada kemaslahatan masyarakat….perlumbaan menghasilkan nilai nilai seni menjadi agenda yang sihat …yang akhirnya membuatkan masyarakat lebih tersusun dan punya jati diri yang jitu…hingga hari ini muzik classic eropah menjadi suatu permainan orang orang yang punya kedudukan….
Kita?….sedih kan …jangan salah kan orang lain…salahkan diri sendiri kerana tidak mahu menguasai budaya sendiri…ramai yang mahu berjaya dalam masa yang singkat dengan menguasai perkara perkara yang “pop
“…yang boleh mendatang kan duit secara cepat..yang akhirnya terhasil berbagai bagai produk yang tiada jati diri…sedih kerana diri sanggup dijadikan umpan promosi selama beberapa bulan..kemudian ?….susah mau ceritalah encik…..
Jangka panjang…jangan terkejut…esok esok orang dah tak kenal lagu clasik melayu…seperti asli,inang dan sebagai nyaa….sampaikan sekarang pun..main lagu inang tapi instrument nya..congga….aku cukup pantang dengan keadaan itu…mainlah inang dengan rebana kan elok..seperti kita berpakaian cantik baju melayu bersamping dan capal..tetapi pakai topi koboi….heeeeeeeeeeeeee…sorry….emo sikit..hahahhaa….
Mohon dengan izin Allah di pertahankan budaya yang menjadi jati diri bangsa masing masing…..kerana yang lain lain bole di ubah..tetapi bangsa takkan boleh di ubah….melayu tetap melayu,india tetap india dan cina tetap cina…hormat menghormati adalah suatu perkara terpuji….dan untuk menajdi melayu sejati perlulah sifat nya..lemah lembut sopan santun…..
wallahua’lam…
wassalam.
