ESEMBLE

Assalamualaikum…..

Kebelakangan ni jadual kerja ku agak ketat dan membuatkan batang tubuh menjadi letih…lesu dan kadang kadang terasa malas yang amat sangat…kesan tu semuanya hanya aku rasa selepas habis berkarya…..semasa berkarya tak rasa langsung macam kena pukau dengan irama irama yang di dendang samada ……karya yang aku reka atau pun karya orang lain..irama nya menjadi tetamu pada anggota tubuh ku…seperti muzik yang dimain secara esemble…berkait rapat…berlapis lapis …irama nya tersusun….,menjadikan hati tenangggg…

Sedikit tuk ku ceritakan  pembikinan album terbaru Hijjaz..yang berkonsepkan lite orkestra…boleh  di kategorikan begitu…sebab hanya  segmen string jer yang mengambil bahagian dalam album ini…ada sorang principle.violin, 2nd violin ,viola dan cello…quartet..pas tu ada  pulak elemen2 yang lain…..bagi aku satu percubaan yang baik,berani dan menarik..cuba meletakkan irama nasyid kepada satu tahap yang lebih baik…..penerimaan?….aku tak mahu ambisi….terpulang kepada mereka yang mendengar…

Aku berpeluang untuk menyumbangkan sebuah lagu …susun muziknya, susun vokal hijjaz dan juga mendapatkan bantuan rakan rakan aku yang handal dalam qoir….izat,yuaz,baby dan eja…mereka ni orang yang belajar dan punya pengalaman beribu ribu kali…dalam persembahan secara langsung atau rakaman…dah masak selok belok nyanyian..tak perlu lagi nak ajar…itu ini…senang kerja..buatkan susunan awal …kemudian lepaskan kepada mereka…aku belajar memahami apa sebenar nya..nyanyian acapella,harmonise dan qoir…itu semunya berbeza dari segi strukturnya…semua triod tapi perletakkannya lain….thanks guys….

Semuanya itu esemble…suatu pekerjaan yang memerlukan kesabaran yang tinggi…semuanya mahu di bunyikan serentak tetapi berbagai bagai notasi yang terhasil….masuk pulak dengan elemen vokal utama,vokal latar..dan juga qoir…bunyi besar beb..aku berbesar hati menjadi sebahagian daripada production ini….upah?…bukan itu utama nya…begitupun aku boleh tersenyum puas dengan layanan yang diberikan oleh Hijjaz….

Para pemuziknya juga bukan calang calang..yang menjadi arranger nya terdiri dari kalangan yang punya pengetahuan muzik yang baik….belle,firdaus mahmud,rudy,trabye dan aku sendiri….pemain pemain lain terdiri dari ujang dan gary gedion di bahagian drum, jay jay dan kelly di bahagian bass, mohar, abang s, atan, pemain pemain strings yang terdiri daripada zamihan and friends(tak salah aku bermain dengan NPO). Satu perasaan yang aku suka berkongsi….semua yang menjayakan nya…punya satu rasa untuk mengangkat muzik nasyid ke satu tahap yang lebih luas..supaya orang di belakang dapat meluaskan pengaruh menjadi fenomena…

Sepatah kata munif semasa aku bertanya pada nya..apa tujuan sebenar pembikinan album ni?…katanya…kita sebagai orang yang membuka irama nasyid menjadi kontemporari..kita juga perlu mengolah dan menggerakkan suatu rasa yang lain yang lebih besar dan lebih berani….berjuang mengangkat irama nya..maka pasti selepas ini ..apabila kita berani membuat perubahan..junior nasyid yang berjuang juga akan berani untuk menyahut cabaran ini…..bagaimana?…bekalkan diri dengan ilmu muzik dan bukan lagi seperti dulu dulu …..mulakan cara baru berkarya..memahami struktur muzik, pembikinan lagu yang lebih teratur, lirik yang lebih indah, pemuzik yang boleh memberikan rasa dan sebagai nya…yang boleh memberi manfaat kepada pendengar….yang akhirnya..manusia akan hidup lebih teratur..kerana muzik mengajar kita…teratur….sebab itu ada orang yang di namakan..penyusun muzik…

wallahua’lam…

wassalam……

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Catitan

View My Stats

Follow nasyeed on Twitter




23 queries. 1.192 seconds.