PERSIS
Assalamualaikum…
Satu office nasyeed.com demam ……demam konsert malam sinar maulidur rasul yang akan berlangsung pada jumaat ini. Semua nya teruja ..tak sabar sabar nak melempiaskan apa yang di usahakan selama sebulan yang lepas..dari perjumpaan demi perjumpaan…turun naik memikir itu dan ini…semua nya menggunakan kudrat yang di anugerah..sampai lah hari ini….masing masing terasa ada sesuatu yang menarik …..persis bertemu dengan kekasih hati….yer la..Muhammad bin Abdullah adalah kekasih hati para mukmin…
Pada 21hb..akan berlangsung famili day nasyeed.com yang pertama di adakan diluar shah alam…aku pula kena berangkat ke putrajaya untuk show dendang anak pada siang hari nya….aku tengah berkira kira perjalanan aku ni….show petang…pagi aku bertolak dari kuala terengganu…terus ke tempat show…perform..petang nya berangkat semula ke terengganu..untuk acara famili day….boleh kah begitu?
Kedua duanya penting ..aku tak mahu terlepas…sebab selama ni aku selalu ketinggalan dalam acara yang besar besar . Samada aku ada kerja lain atau pun bersama Dendang Anak….terasa jugak dalam hati namum kita kadang kadang kena bertolak ansur dalam sesuatu perkara…
Informasi konsert Malam Sinar Maulidur Rasul….bertempat di Taman Tamadun Islam , Pulau Wan Man..Kuala Terengganu…pada 19hb ni..keesokkan nya akan ada pertandingan nasyeed..piala Rabbani..aku di maklumkan akan menjadi juri untuk pertandingan tersebut.
Harap harap adalah dari kalangan penasyid di Terengganu ni dapat menjadi pelapis dan meneruskan kesinambungan irama ini, Mana mana irama jika tiada penyambung nya..akan pupus dan akan mucul alternatif yg tidak tahu akan qualitinyaa…moga dapat lahir lah satu kumpulan yang baik.
Aku mahu kumpulkan maklumat dan mahu menceritakan bahawa kepentingan muzik adalah sama taraf dengan cari rezeki…dan pertumbuhan otak manusia,budaya dan tamadun.mana mana yang tidak berbudaya akan terumbang ambing hidup nya..persis lautan tiada pantai…..
Wassalam….
