Kesinambungan Ummat yang mahu akhirat
Assalamualaikum…
Terbaru di lihatkan bagaimana rakus biadab dan tiada tamaddun pemain pemain politik yang mempunyai status quo dan di bayar gajinya beribu ribu oleh kita ….di parlimen…yang bukan Islam aku boleh terima tetapi mana adab nya para politikus “muslim di dalam parlimen?..memualkan dan sangat sangat memalukan. Apa yang di perkatakan satu hal..tetapi apa yang di perlihatkan tingkah laku baik dari segi bahasa, cara mendengar, cara berhujjah kalahkan budak tadika…kebetulan rumah aku berdekatan dengan taska…terkadang aku melihat lebih mulia anak anak ini berbanding mereka yang diletakkandi dalam dewan yang diangkat sebagai penggubal undang undang negara.
Adakah orang orang sebegini yang akan kita galaskan untuk membawa negara dan rakyat sekurang kurang nya hidup bertamaddun. Aku sangat sangat bersyukur di lahirkan sebagai seorang pemuzik. Tiada rasuah di situ ,tiada rasa dengki, tiada rasa mahu menjatuhkan orang lain apatah lagi mengaibkan orang di sekeliling. Kita harus ingat kita sentiasa melakukan kesalahan baik kecil atau besar..kita bukan maksum seperti para rasul ….andai kita menutup kesalahan orang lain..maka Allah akan menutup keaiban kita…tetapi dengan apa yang berlaku mutakhir ini membuat kan aku rasa mual yang amat sangat, sedih dan rasa marah…rata rata semuanya menceritakan tentang kekuasaan dan kesenangan pihak masing masing…tiada seorang pun yang beriltizam untuk menegakkan hidup secara syumul(Islam).
Orang orang seperti kita yang lemah ini sebenarnya bukan berkehendakkan sangat wang ringgit, kuasa atau harta yang melimpah ruah. Kita hanya perlukan kesederhanaan supaya kita dapat melakukan amal ibadah….kerna akhirnya nanti kita akan meninggalkan dunia yang fana ini….kita akan meneruskan kehidupan kita di dunia yang lain..maka amal ibadah yang di laksanakan di sini akan di bawa ke sana sebagai modal untuk hidup…bukannya wang ringgit ,kuasa dan apa saja yang bersangkutan dengan nafsu….itu baru di katakan BIJAKSANA.
Masalahnya ialah kita tidak punya wawasan akhirat . Kita beranggapan selepas kita mati..kita tiada lagi apa yang hendak di perjuangkan….sebenarnya perjuangan kita bermula selepas kita meninggalkan dunia ini. Samada kita di syurga atau neraka….aduh azabnya api neraka hanya Allah yang tahu dan di perlihatkan kisah kisah nya di dalam Al Quran tetapi berapa ramai yang mahu mengetahui nya…….yang menarik minat ialah bab ekonomi..jual beli …yang di perkatakan didalam Al Quran juga sudah di putar belit….aduhhh….betapa manusia di dalam kerugian.
Penulisan aku kali ini ….keadaan aku dalam rasa yang sangat malu sebagai umat Islam melihat pemimpin yang moral nya rendah….malu kepada orang bukan Islam…bagaimana pandangan mereka terhadap Islam sebenarnya?..apa yang kita patut buat untuk membawa mereka mendekati seterusnya mendapat hidayah Allah dan menjadi kesinambungan Ummat yang mahu akhirat…..benar kata kata saidina Umar…..Ya Allah Jadikan aku dari golongan yang sedikit.
Wallahu A’lam….
Wassalam.
