BUDAYAWAN
Assalamualaikum….
Kebelakangan ini aku di pertemukan dengan ramai orang baru tetapi lama dalam memperjuangkan kerja kerja seni. Antaranya yang terkanan aku di pertemukan dengan Professor Dr Siti Zainun yang dulunya hanya aku dengar nama nya di mana mana simposium berkenaan dengan Melayu dan peradapan. Kemudian aku bertemu dengan Dato Dr Ibrahim Ghaffar juga seorang budayawan yang punya fikir yang tajam…
Kesempatan ini hasil daripada pertemuan untuk menghasilkan program P.A.D.A.T singkatan daripada Perbadanan Adab dan Adat Warisan Melayu Negeri Selangor. Maka ramailah yang di panggil untuk bersama berkongsi idea untuk menhasilkan bentuk persembahan Melayu yang tulen. Antara nya…Dendang Anak, Bingkas Kebayan, Dewangga, Keroncong Dr Ariff pimpinan encik Maamur.
Maka selepas itu perkenalan dengan ramai seniman lagi antara nya Abang Ladin Nuawi seorang penggiat seni sepenuh masa…dia mendidik anak anak kecil hingga ada antaranya yang masih lagi menyusu…aku kesempatan ke tempatnya..sangat sederhana tetapi dia tak langsung perlihatkan rasa rendah diri nya….dia sangat bersemangat memperlihatkan apa yang di buat….modal kewangan?..aku tak rasa dia di bantu oleh siapa siapa….seniman ini hanya bikin kerja dan menutup mulut daripada berbicara seperti burung yang di ajar berkalam…..
Pak Mat…atau namanya penuh nya Muhammad Mohd Taib kelahiran johor tetapi sudah menetap di Belanda lebih dari 30 tahun. Andai jumpa dia mesti kita akan kata dia datang dari kampung dan memang totok melayunya..kita tak kan sangka dia menetap di eropah…sebab jati diri nya sebagai Melayu sangat tabal….bahasanya masih lagi bahasa Melayu johor yang pekat tak ada pun slang mat saleh yang seperti kita kedengaran dari kalimah anak anak muda sekarang…hehehe..Dia hadir di sini unutk membantu program yang akan berlangsung….dia seorang pengumpul artifak melayu dan di berikan kepada Muzium…itu kerja nyaa..dan sekarang dia berada di sini atas rasa tanggung jawab nya sebagai seorang yang mahu budaya bangsanya terus di pertahankan.
Dendang Anak dan kumpulan yang lain seperti biasa akan membantu dalam menghasilkan apa yang telah di canaikan oleh Prof Siti Zainun. Ahad ini kami akan berkumpul untuk sekian kalinya ..jamming dan bertukar2 pandangan….anadai pembaca hendak joint kami silalah ke muzium shah alam ahad ini bermula pukul 2 petang sama sama kita berdendang dan berpuisi kerana ramai budayawan Melayu akan melempiaskan rasa dan cinta.
Wassalam….
