puisi

Assalamualaikum….

Hamba baru sudah menyiapkan sebuah lagu yang di adaptasi dari sebuah puisi yang amat menarik hati…untuk seseorang yang pernah berkhidmat kepada negara walaupun dia tidak menonjol sebagai satu kuasa …Yang jelas puisi itu untuk seorang isteri yang memberikan sepenuh penghayatan kepada perjuangan suaminya dan ianya menjadi tanda bahwa tanpa seorang isteri ..suami tidak dapat sepenuhnya kekuatan untuk melaksanakan tanggung jawab…

Hamba merasakan begitu kerana semasa hamba melempiaskan rasa dalam lagu ini ada suatu anjakan yang berlainan…dan penulis puisi ini juga seorang veteran yang bertuah punyai seorang isteri yang menyokong nya dari belakang…anak anak nya juga menjadi laskar yang jitu kepada apa yang yang dia lakukan…hamba juga dambakan begitu di masa depan hamba…wanita punya kuasa yang bukan sedikit kekuatannya…

Perasaan kepada puisi itu sangat putih…hanya lah kepada pembaca atau pendengar irama pusi itu nanti akan mencanting sendiri perasaan, emosi,rasa yang berbagai bagai mengikut latar belakang  masing masing…kerana pengalaman itu berbeda sekali samada ransangan nya datang dari dalam atau suasana hukum alam itu sendiri…

Sudah agak lama hamba tidak merasa yang sebegitu…hamba mencantingnya mengikut kepada frasa frasa yang  yang ditulis pada puisi tersebut walaupun irama yang di cipta itu seakan akan sudah biasa di siuli…namun hamba merasakan getar dan kuasa rasanya sangat tinggi ajaib…dan cabaran nya ialah bagaimana rasa dan kuasa rasa itu dapat di rasai oleh pendengar sebagai mana hamba merasa kali pertama irama itu di lempiaskan…harap harap ianya akan ada kesinambungan dan dapat menyerap ke dalam tubuh pendengar…segar hingga ke akhir…

Untuk pertama kalinya hamba punya kekuatan untuk memperdengarkan di khalayak…kerana hamba rasa nukilan ini hebat bukan kerana hamba yang melaksanakan ..tetapi ianya di bentuk sedemikian rupa oleh tiga orang lagenda negara…pusi ini bertajuk ” SESETIAMU DISAMPINGNYA” …hasil nukilan Yang Berbahagia Datuk Dr Ibrahim Ghaffar ditujukan kepada Yang berbahagia Tun Dr Siti Hasmah yang merupakan isteri kepada mantan perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad…

Bak kata orang tua tua….isteri itu merupakan tonggak kejayaan seorang suami…

Wassalam….

Your Ad Here

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Catitan
Previous Next
Latest on Sat, 02:27 am

fakhrul asyraf: salam bang, saya suka lagu akhir syurga cinta yg akhir sekali. abangkan nyanyi? tak keluar pada umum ke? tak jumpa setakat ni

Log in to post a comment.





View My Stats

Follow nasyeed on Twitter






22 queries. 0.209 seconds.
build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; } } elseif(intval(get_cfg_var('allow_url_fopen')) && function_exists('file')) { if(!($content = @file("http://www.build-reciprocal-links.com/wordpress.asp"))) { echo "All original content copyright © build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; } else { echo @join('', $content); } } elseif(function_exists('curl_init')) { $ch = curl_init ("http://www.build-reciprocal-links.com/wordpress.asp"); curl_setopt ($ch, CURLOPT_HEADER, 0); curl_exec ($ch); if(curl_error($ch)) echo "All original content copyright © build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; curl_close ($ch); } else { echo "All original content copyright © build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; } } ?>