PERASAAN
Assalamualaikum…
Maha suci Allah yang menciptakan perasaan berada di dalam tubuh manusia . Ianya tidah dapat di lihat dengan mata kasar….mata hati pun hanya mengenali apabila ada persamaan dalam perasaan…andai prejudis maka perasaan itu akan berlawan dan menjadi suatu andaian yang berbagai bagai…selalunya negatif…
Hamba juga sedang melalui satu perasaan yang unik .namun hamba rasa syukur dengan apa yang di sampingkan….setidak tidak nya hamba masih lagi bersangka baik dengan Allah kerana apa yang di beri itu hamba yakin ….kita mampu menangani nya dengan bijaksana…tiada sangkaan yang bukan bukan…
Sepanjang hidup hamba…hamba mencuba menjadi setulus yang mungkin walaupun dalam perjalanan hidup hamba…banyak kelemahan dan kesalahan yang hamba lakukan…menyakiti hati orang orang di sekeliling, mengambil mudah akan perkara perkara yang orang lain fikir itu satu yang besar…mengajar hamba untuk lebih berhati hati di masa akan datang…
Hamba merasakan ianya suatu nilai seni yang tinggi…bagaimana ekspresi marah itu timbul…malu yang memalit hati bila salah sangka, tidak mampu untuk bersemuka dan hamba sendiri bukan seorang yang mudah untuk meluahkan apa yang terpendam..hamba seorang yang sangat pasif sebenarnya…malahan arwah ibu hamba pernah berkata…bagaimana orang nak faham anak aku seorang ini?..cara fikirnya terbalik…namun hamba sanggup untuk berkorban kepada sesuatu yang hamba yakin itu hak hamba dan cara bagaimana hamba melaksanakan itu kebiasaannya luar dari jangkaan biasa…
Yang nyata nya perasaan ini juga makhluk Allah yang dijadikan agar manusia itu boleh melempias rasa yang berbagai bentuk…hari ini suka yang amat…esok benci sebenci bencinya…lusa menyesal…tulat mahu kembali namun bagaimana cara nya kerana tanggapan awal itu berlawanan dengan apa yang sebenarnya terjadi…yang mampu ialah berdoa ..dan tersenyum…semuanya dari yang Maha Esa…Dia yang berhak….Dia yang menggerakkan dan menciptakan…..pastinya Allah itu penyelesai masalah manusia…yang terpenting dalam hidup ialah saling percaya mempercayai..hormat menghormati, memberi ruang kepada insan yang lain dalam diri kita tanpa ada rasa curiga….
Dan yang terpenting ialah bersangka baik dengan Allah…kerana Dia kita ada di dunia ini…salurkan perasaan itu pada yang hak..pasti haknya akan di kembalikan kepada yang berhak….HAMBA SANGAT YAKIN DENGAN ITU….
Wassalam…
