Nikmat
Assalamualaikum…
Sudah sangat lama amber tak menulis di ruang ini hinggakan ada orang yang menegur amber barulah amber perasan. Tak ada apa apa alasan yang logik atau apa pun..cuma amber tak terasa nikmat nak menulis sepanjang masa vakum itu. Ini pun amber teringat …maka amber ambil masa sedikit untuk menulis…sebetulnya amber sedang memasukkan bait bait lirik hasil nukilan b.nury atau ustaz sokhibul fadhil ke dalam lagu terbaru amber yang akan di nyanyikan oleh kumpulan nasyeed IN-TEAM …..insyaAllah.
Iman dan amal…liriknya sangat berat bersesuaian dengan melodi nya yang amber rasakan perasaannya sangat dalam dan harus ada kekuatan ruh untuk menyanyikan lagu seperti ini. Sepanjang pengamatan amber terhadap kumpulan IN-TEAM ini merupakan suatu yang baru bagi mereka. Harap harap mereka dapat memberikan jiwa kepada lagu ini semasa rakaman nanti…bila? amber tak tau masanya…hari ni amber akan hantarkan melodi lirik dan music yang bersesuaian untuk mereka menyerap rasa dan memahami lagu ini…
Nikmat membuat lagu ni sangat jauh untuk di fahami oleh orang awam.Bagi mereka ..hanya yang segar di telinga itu menjadikan sesuatu lagu itu diterima dengan mudahnya…. hakikatnya sesebuah lagu yang dihasilkan untuk kenikmatan sementara ianya akan begitulah riwayatnya..manakala yang mempunyai falsafah nya akan menjadi suatu motivasi kepada satu satu kelompok yang memerlukan suntikan rasa yang tidak langsung… Bunyi itu kan berlegar sekeliling kita…andai kata bunyi itu kenikmatannya di program mempunyai tarikh luput maka pada suatu masa yang di tetapkan ianya akan hilang dan dilupai…
Amber rasakan ..apa apa yang kita buat selama ini akan berterusan nikmatnya apabila suatu perkara ini di lakukan…istiqamah…sangat senang di ucap namun sungguh sukar di laksanakan…maka selama 40 tahun kehidupan amber ni…hanya muziklah satu satunya yang amber perasan boleh dibuat secara istiqamah…istiqamah itu dikira andainya perkara itu memberi manfaat kepada sekeliling bukan hanya manusia malahan…binatang,pokok pokok , tumbuhan , makhluk yang nampak dan tak nampak…semua itu di ambil kira …barulah nikmat itu dapat di kongsi bersama sama….
Nikmat yang paling hebat untuk kita nikmati sepanjang kehidupan ini ialah…HAYAT….ianya berkait rapat dengan udara..satu satunya nikmat yang semua makhluk di dunia ini di beri secara percuma..bayangkan apabila udara di kenalan bayaran seperti mana air dan bekalan elektrik…apa akan jadi?
Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi nikmatNya untuk kita pinjam….andainya nikmat di tarik kembali..maka ….bersedialah untuk ke fasa yang seterusnya…wallahu alam..
