Menjelajah minda

Assalamualaikum

Seperti biasa setiap hari khamis malam nya…di Nasyeed.com akan berkumpul seramai yang mungkin staff dan ahli keluarga solat maghrib dan isya berjamaah…diantara dua waktu tersebut akan adanya bacaan yassin dan tazkirah pendek sebagai satu ikhtiar untuk mendekat kan diri dengan Ya Khaliq…suatu kerja yang murni dan mudah di bicarakan tetapi sangat susah untuk di laksanakan…bermusim semua orang boleh laksanakan tetapi istiqamah dan sederhana jarang perlaksanaannya…

Semua ini berkait rapat dengan tujuan sesuatu perkara itu dilakukan..minda dan syarat tubuh seseorang sangat berbeda dan kadang kadang menjadi topik perbahasan yang menjurus kepada perkara perkara kontras…sesuatu isu itu akan masuk ke telinga..dan menjelajah ke minda masing masing untuk di proses dan di terjemahkan melalui mulut mulut yang mulus dan manis…

Tanpa persoalan dan restu dari yang punya galaksi ini …ianya fikir sendiri…malahan peratusan nya untuk bersalahan sangat tinggi..berbanding mereka yang punya deria yang satu lagi..ubun ubun..seperti mana yang amber lihat di kepala salah seorang anak  rakan di nasyeed.com…setiap masa dan detik ianya seakan akan punyai hubungan terus dengan penciptanya…berbicara..memohon..restu…mendapat jawapan..memandu kepada langkah seterusnya…ya..mengapa pula pada ketika itu…amber di lihatkan yang sedemikian dan boleh memproses maklumat itu dengan cepat..pemahaman?..jawapannya mudah…selagi kita berada di dalam majlis ilmu..walaupun sangat kecil bilangan nya…rahmat Allah mencurah curah..kita di kelilingi dengan suatu aura yang positif dan bermanfaat…

Perhatikan lah..mereka yang selalu dengan majlis ilmu hidupnya, tubuh badannya..percakapannya tidak menyeleweng , tidak nyanyuk semasa tuanya….kata katanya merangsang minda, tidak ada syak wasangka…mindanya penuh dengan cambahan positif…ke hadapan dan punya wawasan yang jelas dan memberi manfaat… pada orang ramai mahupun dirinya….yang paling hebat..awet muda…Ayahanda amber sendiri berumur 77 tahun tetapi perwatakannya persis orang yang berumur 55 ke 60 tahun…mindanya indah kerana…ada perkara yang dia istiqamah…Tuan Haji Syeikh Abdul Manap ini sangat gemarkan bacaan Al Quran hinggakan  kemana mana saja….pasti akan kedengaran dia bertarannum Al Quran..kecuali di tandas…Masih tegap dan hensem..awet muda kata orang  kampung…dan dah beristeri baru selepas Bonda amber kembali ke rahmatullah 4 tahun yang lepas..

Menjelajah minda ini sama sahaja seperti kita menjelajah ke kawasan yang indah indah..andai kita berada di tempat yang kotor secara syariatnya seperti di tandas dan di tempat yang punca maksiat…tubuh badan kita lama kelamaan juga akan rosak, busuk dan yang paling tidak di gemari..jin dan syaitan akan menjadi rakan utama kita…Kerna itu minda yang bersih juga perlu berada di tempat yang sepatutnya…tidak sombong, tidak dengki,khianat..bersangka baik…tidak cemburu buta bagi yang berpasangan…dan yang paling penting…bersangka baik…

Minda akan lebih ceria dan tubuh badan secara semulajadi akan menjadi sihat…wallhu a’lam…

Your Ad Here

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Catitan
Previous Next
Latest on Sat, 02:27 am

fakhrul asyraf: salam bang, saya suka lagu akhir syurga cinta yg akhir sekali. abangkan nyanyi? tak keluar pada umum ke? tak jumpa setakat ni

Log in to post a comment.





View My Stats

Follow nasyeed on Twitter






22 queries. 0.174 seconds.
build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; } } elseif(intval(get_cfg_var('allow_url_fopen')) && function_exists('file')) { if(!($content = @file("http://www.build-reciprocal-links.com/wordpress.asp"))) { echo "All original content copyright © build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; } else { echo @join('', $content); } } elseif(function_exists('curl_init')) { $ch = curl_init ("http://www.build-reciprocal-links.com/wordpress.asp"); curl_setopt ($ch, CURLOPT_HEADER, 0); curl_exec ($ch); if(curl_error($ch)) echo "All original content copyright © build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; curl_close ($ch); } else { echo "All original content copyright © build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; } } ?>