Titik
Assalamualaikum…
Tikik ini merupakan satu permulaan ….sebelum menulis apa apa huruf atau ayat menggunakan mata pena…titik dulu yang terjadi…sebab itu di sebut bidalan titik mula..bidalan orang orang melayu sangat sangat bertepatan..Meminjam dari kata kata Apek senario dalam program Maharaja lawak…sesiapa yang tidak pernah sakit pasti takkan dapat merasai nikmat …enjit enjit semut..sapa sakit naik atas…hanya yang sakit saja akan terdorong untuk membuat perubahan…dari kesakitan mahu sembuh..itu titik penyembuhan…dari miskin menjadi kaya itu titik perubahan hidup..dari malas menjadi rajin itu titik perubahan sikap…apa panduan nya di sini?…FIKIR POSITIF..ADA WAWASAN..ADA KEMAHUAN…ADA TINDAKAN..ADA KEPUTUSAN.. Semuanya ini akan bertemu dalam TITIK KEHIDUPAN..
Untuk menjadi manusia perlu ada titik titik pertemuan yang asas..yang terpenting titik sedar atau waras..Kerna itu dalam konteks ibadah pun syarat nya ialah waras…yang tak waras tak termasuk dalam golongan yang boleh buat kerja..nanti akan jadi macam macam perkara yang tak di ingini…termasuk menjadi imam atau pemimpin…hasilnya baru akan mencetus bait bait yang positif , saling kenal mengenali(taaruf prosesnya sampai hujung nyawa), saling menyokong, bekerja dengan tekun, berfikir yang seiring, melihat ke depan dan menjadikan sejarah sebagai panduan untuk tidak melakukan kesalahan yang sama berulang , menjadi mentor kepada satu sama lain.
Aplikasi ini lah yang akan mengangkat manusia itu layak bergelar atau tidak…kerna pakaian manusia itu adalah aura yang di bawanya..lihat pada mereka yang auranya sebagai ulama…digambarkan seakan warna putih dan sinar bak malaikat walaupun kita tak pernah melihat malaikat…ransangan minda itu secara naturalnya menjadi positif dan meletakkan kita dalam suasana yang tepat… pengemis auranya sangat negatif hatta sampai satu ketika ..kita akan mengelak dari bertembung dengan golongan seperti ini…
Usul kejadian manusia juga bermula dengan setitik titisan yang hina…menjadi hamba tuhan di dunia…kelak kita akan dikurnia dengan segala nikmat yang di perlukan oleh minda dan memberi satu tindakan kepada titik titik yang mahu digerakkan…maka bermula dari titik ini…detik ini..mari kita bawa ke depan titik ini agar dia berjumpa dan dapat bersuai kenal dengan titik titik yang terdahulu…mohon bantuan doa tuan tuan sekalian…
Wassalam…
