Tulus

Assalamualaikum…

Lama sudah tiada nukilan di sini…sengaja begitu….aku tak punya dorongan untuk berbuat sesuatu….kerana terlalu banyak yang menyempit fikir ku…betapa …..dunia sudah hampir sangat kepada penghujung nya…dalilnya….ramai yang tidak punyai kelayakan sebenar memimpin dan memanipulasi kelayakkan….dari segi akademik mereka gah….tapi itulah yang jadi nya..akademik hanya lah akademik….persoalan…akademik nya itu boleh atau tidak menyelesaikan masalah ummat?

Bicara bersama kekanda kekanda yang baru ku kenali…merungkai berbagai bagai persoalan yang bermain di kotak fikir ku selama ini…ku kira hanya aku seorang yang meluat akan keadaan sekarang…rupa rupa nya mereka lebih lagi….ibarat api di dalam sekam…hanya menunggu ia nya semarak…..dan apabila telah semarak…..pasti akan berlaku sesuatu yang akan membuka mata telinga sekeliling….aku hanya mengharap mereka yang benar benar ada jati diri akan dilahirkan pada saat itu dan di letakkan pada tempat yang sebenar….

Bidalan nya mudah sahaja…sambil2 makan tengahari di ceritakan tentang masakan melayu yang terkenal dan memang menjadi kegemaran ku….masak lemak cili api….yang menjadikan ianya sedap….daun kunyit…maka selepas masak itu di hidangkanlah….di makan nya semua yang dihidang kecuali daun kunyit…di letakkan di tepi..katanya daun kunyit tu dah tak ada faedah….begitulah para seniman di tanahair ini..pabila mahu akan maklumat dan sebagai nya..maka …berturutlah akan kekanda ini memberikan ilmu yang ada tanpa memikirkan imbuhan….patinya di ambil ..disaring ikut acuan semasa…maka lama kelamaan kekanda ini akan hanya berdiri di tepi2 sahaja…yang pengakhiran nya….sudah putus usul itu..maka ..bercempera lah manusia menjuarai sesuatu yang tidak pernah ada di hati kecil..hanya lah berkenaan syiar….bukan disiplin ilmu yang jitu….alangkah malang nya….

Ketulusan sebenar di ukur sejauh mana penerimaan manusia akan apa yang kita hasilkan..memasak sesuatu hidangan perlu dengan kasih dan sayang ….jika makanan nya habis dan memberi kekuatan dan tenaga untuk bergerak ke depan..kita dikatakan berjaya…jika makanan nya basi…tidak sesuai dengan majlis..apa lah guna nya hidangan itu..hanya menjadi suatu kebengkokan yang nyata…pembaziran yang jelas…..

Makin di perkatakan makin terhiris hati…menyayat  yang amat sangat….biarlah kita kita yang kerdil ini berdiri pada tapak yang khusus……kerana ketulusan kita hanya akan di perlihat apabila manusia itu telah tiada….

wallahua’lam….

wassalam.

BUDAYAWAN

Assalamualaikum….

Kebelakangan ini aku di pertemukan dengan ramai orang baru tetapi lama dalam memperjuangkan kerja kerja seni. Antaranya  yang terkanan aku di pertemukan dengan Professor Dr Siti Zainun yang dulunya hanya aku dengar nama nya di mana mana simposium berkenaan dengan Melayu dan peradapan. Kemudian aku bertemu dengan Dato Dr Ibrahim Ghaffar juga seorang budayawan yang punya fikir yang tajam…

Kesempatan ini hasil daripada pertemuan untuk menghasilkan program P.A.D.A.T singkatan daripada Perbadanan Adab dan Adat Warisan Melayu Negeri Selangor. Maka ramailah yang di panggil untuk bersama berkongsi idea untuk menhasilkan bentuk persembahan Melayu yang tulen. Antara nya…Dendang Anak, Bingkas Kebayan, Dewangga, Keroncong Dr Ariff pimpinan encik Maamur.

Maka selepas itu perkenalan dengan ramai seniman lagi antara nya Abang Ladin Nuawi seorang penggiat seni sepenuh masa…dia mendidik anak anak kecil hingga ada antaranya yang masih lagi menyusu…aku kesempatan ke tempatnya..sangat sederhana tetapi dia tak langsung perlihatkan rasa rendah diri nya….dia sangat bersemangat memperlihatkan apa yang di buat….modal kewangan?..aku tak rasa dia di bantu oleh siapa siapa….seniman ini hanya bikin kerja dan menutup mulut daripada berbicara seperti burung yang di ajar berkalam…..

Pak Mat…atau namanya penuh nya Muhammad Mohd Taib kelahiran johor tetapi sudah menetap di Belanda lebih dari 30 tahun. Andai jumpa dia mesti kita akan kata dia datang dari kampung dan memang totok melayunya..kita tak kan sangka dia menetap di eropah…sebab jati diri nya sebagai Melayu sangat tabal….bahasanya masih lagi bahasa Melayu johor yang pekat tak ada pun slang mat saleh yang seperti kita kedengaran dari kalimah anak anak muda sekarang…hehehe..Dia hadir di sini unutk membantu program yang akan berlangsung….dia seorang pengumpul artifak melayu dan di berikan kepada Muzium…itu kerja nyaa..dan sekarang dia berada di sini atas rasa tanggung jawab nya sebagai seorang yang mahu budaya bangsanya terus di pertahankan.

Dendang Anak dan kumpulan yang lain seperti biasa akan membantu dalam menghasilkan apa yang telah di canaikan oleh Prof Siti Zainun. Ahad ini kami akan berkumpul untuk sekian kalinya  ..jamming dan bertukar2 pandangan….anadai pembaca hendak joint kami silalah ke muzium shah alam ahad ini bermula pukul 2 petang sama sama kita berdendang dan berpuisi  kerana ramai budayawan Melayu akan melempiaskan rasa dan cinta.

Wassalam….

PERGI

Assalamualaikum…

Sampai satu ketika dan masa nanti pasti kita akan meninggalkan suasana ini samada dalam keadaan yang terpuji atau sebaliknya. Sebagai seorang manusia pemergian nya akan di tangisi, sebagai seorang insan ianya akan di kenang tetapi jika ia pergi sebagai hamba ianya akan di sambut meriah oleh warga yang telah berjaya di sebelah sana.

Sampai kapankah ?..sampai ke akhir hayat ? sampai kah atau akan tergantung dan tiada arah tujuan apabila masa nya telah tiba menjemput?….bagi aku pemergian itu satu kewajipan yang tiada taranya….pemikiran ke arah itu semakin hari semakin tajam dan menusuk keseluruh pelusuk kerajaan tubuhku. Terkadang pelik….seperti orang bercinta pulak….

Jangka cuma dalam masa yang singkat seperti mana yang di tunjukki oleh yang dicintai….sebanyak masa itu pula akan terbahagi dengan berbagai bagai tanggung jawab dan permasalahn yang harus di tempuhi….di campur tolak akhirnya yang tinggal hanya itulah waktu yang terluang….aduh sedikit sangat…perlu ada rasa kegusaran yang amat amat ….kerana yang menanti lebih besar dari apa yang di hadapi sekarang….

Disini kita masih boleh mengelak dan di beri pun kesempatan untuk  itu dan ini….cadangan yang karut marut atau pun alasan yang membolehkan kita terlepas….ligat kata orang tua…cubalah nanti….bila telah pun melangkaui sempadan itu….berundur tidak sekali akan di beri…kerna pakaian semuanya telah dimakan oleh semut,ulat,cacing dan yang sehabitat dengan mereka…andai pun di beri kesempatan untuk kembali tak mungkin kita akan dapat mengulangi apa yang di perkatakan semasa nafas berada di hujung ….mungkin akan lebih keji perbuatan nya……

Maka dengan itu kiralah berapa detik yang tinggal sebelum kita pergi….jika seorang musafir itu akan berkelana dengan serba sederhana tetapi tau arah tujuan nya di depan akan ada yang menunggu dan punya tempat berteduk…berjalan secara berlenggang dan senang hati tanpa punya beban seperti seekor keldai. Tasbih dan zikir menerangi perjalanan iman nya….hatinya, wajah nya, tubuh badan nya yang di kenali oleh gembalanya yang punya wawasan.

Wawasan itu yang akan menyelamatkan dari tergelincir dan jatuh bercempera….dimakan oleh ulat ulat dan sebahagian hidupan lain yang tidak punyai hati dan perasaan…dah jadi makanan aku…..rezekiiii katanyaaa….mahu diangkat kembali duduk dalam satu barisan?..malu katanya…kotor dirinya….sudahnyaaaa….apa yang kau mahu sebenarnya dalam hidup ini?…..persoalan yang timbul hanya akan mampu dijawab andai kita punya rasa yang menebal ,punya keinginan dan punya hasrat menjadi hamba yang sebenar benar hamba. Kan mulia pangkat itu….mahu?

Penstrukturan bermula dari atas ke bawah …atau bawah ke atas..terpulang..yang penting nya menjadi sebahagian dari anggota yang memuji di siang hari dan memuja di malam hari itu lah yang di ingini. Kehendak nya sangat mulus melangkaui keresahan dalam menjalani kehidupan yang menjadi onak dan duri dalam diri.Cuma ianya hanya di mengerti oleh orang orang yang tidak punyai akal dunia….logik? jauh sekali….kadang kadang menjangkau akal dan inteletual manusia….sekelumit jerrrr kepandaian …tapi ……di canang seperti yang punya segala yang ada di langit dan bumi….perlu rasa malu….malang nya hanya sedikit yang punyai fikir agama….yang lain..mengikut keperluan dan hidup dan ilmu yang di perolehi…..padahal ilmu itu sendiri di salur  untuk  di beri fikir……namum seperti longkang yang tersumbat…tidak akan sampai di penghujung…tersekat dan mengalir sedikit sedikit….lama lama akan menjadi loya dan busuk….akhirnya akan lemaslah dengan keilmuan yang di perolehi….

Yang nyata bermula…pasti akan ada hujung….yang datang pasti ada yang  PERGI…….

Wallahu a’lam

Wassalam.

Kesinambungan Ummat yang mahu akhirat

Assalamualaikum…

Terbaru di lihatkan bagaimana rakus biadab dan tiada tamaddun pemain pemain politik yang mempunyai status quo dan di bayar gajinya beribu ribu oleh kita ….di parlimen…yang bukan Islam aku boleh terima tetapi mana adab nya para politikus “muslim di dalam parlimen?..memualkan dan sangat sangat memalukan. Apa yang di perkatakan satu hal..tetapi apa yang di perlihatkan tingkah laku baik dari segi bahasa, cara mendengar, cara berhujjah kalahkan budak tadika…kebetulan rumah aku berdekatan dengan taska…terkadang aku melihat lebih mulia anak anak ini berbanding mereka yang diletakkandi dalam dewan yang diangkat sebagai penggubal undang undang negara.

Adakah orang orang sebegini yang akan kita galaskan untuk membawa negara  dan rakyat  sekurang kurang nya hidup bertamaddun. Aku sangat sangat bersyukur di lahirkan sebagai seorang pemuzik. Tiada rasuah di situ ,tiada rasa dengki, tiada rasa mahu menjatuhkan orang lain apatah lagi mengaibkan orang di sekeliling. Kita harus ingat kita sentiasa melakukan kesalahan baik kecil atau besar..kita bukan maksum seperti para rasul ….andai kita menutup kesalahan orang lain..maka Allah akan menutup keaiban kita…tetapi dengan apa yang berlaku mutakhir ini membuat kan aku rasa mual yang amat sangat, sedih dan rasa marah…rata rata semuanya menceritakan tentang kekuasaan dan kesenangan pihak masing masing…tiada seorang pun yang beriltizam untuk menegakkan hidup secara syumul(Islam).

Orang orang seperti kita yang lemah ini sebenarnya bukan berkehendakkan sangat wang ringgit, kuasa atau harta yang melimpah ruah. Kita hanya perlukan kesederhanaan supaya kita dapat melakukan amal ibadah….kerna akhirnya nanti kita akan meninggalkan dunia yang fana ini….kita akan meneruskan kehidupan kita di dunia yang lain..maka amal ibadah yang di laksanakan di sini akan di bawa ke sana sebagai modal untuk hidup…bukannya wang ringgit ,kuasa dan apa saja yang bersangkutan dengan nafsu….itu baru di katakan BIJAKSANA.

Masalahnya ialah kita tidak punya wawasan akhirat . Kita beranggapan selepas kita mati..kita tiada lagi apa yang hendak di perjuangkan….sebenarnya perjuangan kita bermula selepas kita meninggalkan dunia ini. Samada kita di syurga atau neraka….aduh azabnya api neraka hanya Allah yang tahu dan di perlihatkan kisah kisah nya di dalam Al Quran tetapi berapa ramai yang mahu mengetahui nya…….yang menarik minat ialah bab ekonomi..jual beli …yang di perkatakan didalam  Al Quran juga sudah di putar belit….aduhhh….betapa manusia di dalam kerugian.

Penulisan aku kali ini ….keadaan aku dalam rasa yang sangat malu sebagai umat Islam melihat pemimpin yang moral nya rendah….malu kepada orang bukan Islam…bagaimana pandangan mereka terhadap Islam sebenarnya?..apa yang kita patut buat untuk membawa mereka mendekati seterusnya mendapat hidayah Allah dan menjadi kesinambungan Ummat  yang mahu akhirat…..benar kata kata saidina Umar…..Ya Allah Jadikan aku dari golongan yang sedikit.

Wallahu A’lam….

Wassalam.

A.I.M

Assalamualaikum…

Anugerah Industri Muzik atau A.I.M telah kembali untuk ke sekian kalinya dan menjadi satu harapan untuk pengkarya di beri pengiktirafan mengikut hasil kerja masing masing. Tanyalah mana mana pengkarya….di hati kecil mereka mahu juga di hargai walau tidak sebesar A.I.M itu. Aku pernah merasa kemanisan kemenangan  walaupun aku tidak berada di PWTC semasa nama aku di umum sebagai pemenang tahun 2008 untuk album nasyeed terbaik melalui….Maulana Rabbani.

Ketika itu aku beraada di Penang…bersama Dendang Anak …WORLD MUSIC FESTIVAL…habis jer persembahan aku terus mendapat panggilan telefon dari acul…..cikmee…cepat naik pentas…ambik hadiah….haaaa? hadiah apa?..baru abis buat persembahan ni…yer aaa..cepat naik….rabbani dah naik tu..abg asri suh cari cik mie….acullllll…ana kat penang laaaa…..cam mana nak naik pentas….laaaa..bukan kat sini kerr…kata acul….bukan laaa..ana kat tempat lain…korang jer lah tolong ambilkan….alaaaaaaaa……ayat terakhir acul..hehehe….tak per acul..tahun ni InsyaAllah saya hadir…menang lagi?..wallahu a’lam……

Bercerita tentang anugerah atau hadiah ….sepatah kata dari ustaz Sohibul pada aku masa sama2 pembikinan album Rabbani yang lepas….manusia ni kena di dorong dorong untuk berbuat baik…atau kebaikan….maknanya tak salah lahh untuk kita mendapat  apa yang di katakan “pujian” tetapi secara yangberhemah dan bersopan santun….satu motivasi yang positif ….melebihi wang ringgit nikmat nyaaaa…..

Kelebihan pabila sesuatu program berbentuk A.I.M  kepada pengkarya seluruh negara…masa ni lah dapat jumpa..bertukar2 fikiran dan no telepon….berfikir dengan fikiran yang sama dan mencari solusi bagaimana muzik dapat memberi manfaat kepada pendengar….aku menunggu hari tersebut….manalah tau dapat jumpa balik rakan2 ku di dalam Barongan, Amuk,…rockers, musician yang hebat2…engineer yang baik2….dan semua lahhh…yang dari zaman 80an sampai yang terkini.

Pada yang menang ..di ucapkan tahniah….pada yang tak menang cuba lagi menghasilkan yang terbaik…dan yang terpenting kita sudah pun menjadi sebahagian bahan sejarah Muzik Malaysia am nya…dan muzik nasyeed khasnyaa…mara berjuang untuk mencari kebahagiaan…..

Wassalam….

Garapan

Assalamualaikum….

Bila aku tengok tarikh akhir aku menulis…aku tersentak…uit…..dah lama upanya tak berkarya kat sini. Dan janji ku pada pembaca pembaca yang mengikuti ruang ini pun belum ku penuhi…menulis tentang Baroque….aku tak tau bila akan ku sambung…maybe  minggu depan jika di izinkan…sebab menulis perkara perkara ilmiah ni kena susunan maklumat yang betul dan tepat..salah nanti..sian orang yang membacanya…….aku akan cari masa yang sesuai untuk menulisnya…InsyaALlah….

Aku mula untuk menggarap sesuatu yang aku rasakan sangat tinggi nilainya dalam seni…..kebelakangan ini terlalu banyak irama irama yang janggal bagi aku hasilkan terbentuk dengan sendiri nya….Maha suci tuhan yang memberikan segala keindahan dalam penciptaan lagu yang cuba di bentuk dan menjadi bahan ilmiah untuk jiwa yang kehausan. Aku bersyukur kerana yang akan menyanyikan lagu aku ni bukan calang calang penyanyi. Orang lama dan punya taste music yang sangat tinggi dan takjub akan apa yang diberikan dari dalam diri.

Menjadi satu kegembiraan apabila garapan yang asli itu dapat di lempiaskan secara maksimum dalam rakaman . Sebab itu salah satu sebab mengapa kebanyakkan komposer akan memilih mereka yang benar2 dapat memberikan sepenuh jiwanya di dalam lagu yang di pertanggung jawabkan….

Dan aku mengharapkan ada kalangan penyanyi baru dapat mengisi kekosongan penyanyi yang lama lama ini…kerana garapan lagu bukan hanya terletak kepada komposernya…yang terpenting kepada penyanyi yang cerdik dan faham akan struktur lagu yang di berikan…lagu tersebut akan melayang dan hinggap kepada hati dan jiwa pendengar yang akhirnya akan menjadi lagenda pada keping keping hati mereka..maka garapan itu berjaya….semuanya akan gumbiraaa…

wassalammm……

Mencari Irama-2

Assalamualaikum…

Dah lama aku tak duduk minum minum ngan King..malam ni kesempatan..dia baru habis kelas di UITM…..Sebenarnya petang tadi dia dah sampai kat studio..memang menyerah diri betul…kebetulan aku tengah buat muzik tuk lagu utama Politeknik Malaysia..sekali dia sampai…hahahha..nah kau King…sila lah sambung kerja kerja ini…aku hendak mencari irama yang lain lain plak…

Iramanya ialah yang aku sendiri tak leh dengar….tidurrr…Dalam masa aku tidur boleh pulak terlintas di fikiran cam mana irama yang terhasil dalam tubuh badan kita…cam mana agaknya bunyi darah mengalir?..jantung kita biasa dengar kan….cam mana pulak bunyi kulit yang akan disalin setiap ketika pada tubuh badan kita…otot otot yang bekerja menggerakkan tubuh badan kita..apa irama nyaa? usus , buah pinggang dan sebagai nyaa…yang pasti bagi aku..semua itu akan bertasbih dan berzikir memuji dan memuja Allah yang menciptakan..kita? terkadang terlupa untuk mencari irama yang membolehkan kita hidup dan bergerak…

Di luar sana?….air apa irama nya yang merdu dan indah?….angin…..pokok pokok, hidupan yang bergerak, yang nampak dan tak nampak…semuanya pasti mempunyai elemen yang tersendiri. Kadang kadang kan irama yang kita tak mahu dengar akan terpancarkan frekuensi nya pada gegendang telinga..naik bulu roma..pada masa bulu roma ternaik tu..apa iramanyaaa?…jikalau kita punya sonic..mungkin kita bole dengarlah…..bunyi yang frekuensi nya 60hz ke bawah atau 16khz ke atas….

Andai di izinkan Allah dari segi keupayaan tenaga dan kewangan mahu aku berjalan berkelan membuat rakaman bunyi bunyian dan irama yang merdu ini ke dalam “recorder” dan bole di kongsi bersama sama dengan pencinta irama..kerana ianya sungguh syahdu dan mengasyikkan..itu aku pasti walaupun aku belum lagi mendengar nya secara realiti..aku hanya membayangkan keindahan dan kelazatan irama nyaa….pasti ada…..jika tak ada …masakan burung burung boleh terhenti mendengar alunan yang di perdengarkan oleh…Nabi Allah Daud A.S…

Wallahua’lam…

Wassalam..

YAYASAN NASYEED

Assalamualaikum….

Alhamdulillah selepas berhempas pulas selama sebulan persiapan konsert..tercapai hasrat Allahyarham Ust Asri Ibrahim membawa konsert malam sinar ini keluar dari Shah Alam…walau bagaimana pun  penyampaian nya agak mengecewakan terutama nya dari segi sistem bunyi yang bagi aku tidak mencapai standard untuk sesuatu yang dinamakan konsert. Yang lain lain seperti artis,music,skrip,multimedia dan pekerja pekerja konsert telah pun bertungkus lumus ….kecacatan nya hanya pada “execution”…jangan katakan musician..tanyalah sapa2 yang datang pada konsert itu..rata2 mengatakan teruk sistem bunyi  nya….tanya kengkawan Rabbani …semuanya mencebek…konsert baguss….sound system macam konsert sekolah menengah…

Mengapa ini terjadi?…kerana kita tidak mempunyai suatu kekuasaan yang khusus ….yang boleh menjadi kawalan kita…kita yang meletakkan syarat untuk sesiapa yang ingin bersama kita..bukannya mengikut telunjuk mereka yang hanya mementingkan produk mereka menjadi ikon..Lebih lebih lagi..ini program untuk memberi kesedaran bahawa sanya Nabi Muhammad itu adalah ikon bagi semua mahkluk di dunia. Alangkan program sebegini pun hendak mengikut telunjuk mereka yang mempunyai kuasa wang?…maka agama akan menjadi bahan dagangan….semuanya akan tunduk oleh kerana kita tiada sesiapa yang mahu membantu kita yang kerdil ini tanpa ada apa2 syarat….

Mengapa manusia lupa akan kehebatan Muhammad itu menyebabkan kita menjadi begini?..mengapa tiada suatu fikir yang membolehkan seseorang bekerja pada ketika itu untuk junjungan baginda Nabi tanpa memikirkan keuntungan ?..di mana sosial aktiviti nyaa…Jika di luar negara..terlalu banyak yayasan yang mendokong akan program sebegini..Aku pernah ke South Afrika dan beberapa negara lain…aku kagum dengan hasrat murni mereka yang mempunyai yayasan yang khusus mendokong program seperti Malam Sinar Maulidur Rasul ini. Mereka berlumba lumba memberikan bantuan tanpa ada agenda perniagaan …

Aku menitiskan air mata pada masa konsert itu berlangsung….melihat bagaimana manusia mengambil kesempatan atas kebaikan yang di tunjukkan oleh anggota Rabbani…Dahulu semasa Almarhum Ust Asri ada tidak begini…sekarang inilah yang terjadi…tapi tak mengapalah..moga Allah memberi kan hidayah kepada mereka yang ingin berbakti kepada Allah dan Rasul nyaa….

Aku mengaharapkan rakan rakan nasyeed sekalian bangun dan buatlah sesama sendiri..selama ini pun kita bernasyeed asbab mengesakan Allah dan memohon syafaat Nabi..maka apa lah kiranya jika kita sendiri yang sudah pun mempunyai kepakaran dalam bidang masing masing..berganding bahu….tolong menolong..bantu membantu…mariiii..kita tak perlulah lagi seperti melukut di tepi gantang….ini hak kita….takkan hak kita orang lain yang buat kan syarat untuk kita…

Wallahua’lam…

Wassalam…

Mencari Irama

Assalamualaikum…

Dalam lagu…….Allayarham P.Ramlee mencanting….irama dan lagu tidak dapat dipisahkan…andai dipisah..lemah tiada berjiwa ..hampa…apa sebenar nya yang tersirat pada ketika lagu itu di cipta…makna irama dan lagu itu masing masing bole memberi pendapat dan di raikan segala yang berhasrat….

Begitu jugalah….apa yang aku rasa semasa aku mencipta lagu atau lirik..ianya akan mempengaruhi rasa dalam lagu tersebut..lagu tidak akan hidup andai kita mati dalam berkarya..dan ianya pasti akan lemas dalam dunia lagu lagu yang ke udara..

Mencari lagu sangat mudah bagi aku kerana ianya hanya bersandarkan kepada notasi yang disusun secara ilmiah atau sebaliknya…tetapi irama perlu dicari dalam liang liang roma dan rongga kerana ianya hanya akan terhasil bertitik tolak dari lonjakan perasaan yang tidak terkawal…

Tidak terkawal itu hanya akan menjadi cantik bila di salut dengan lagu yang berbagai…suram,riang,bersemangat atau apa apa saja yang mahu di lempias..kedudukan nya harus selari dengan apa yang di persembahkan…bergantung kepada suasana yang menjadi agenda dalam penciptaan..maka pencarian irama itu harus juga melihat kepada elemen itu…suasana..

Suasana memberi kita suatu makna yang besar….menjadikan sang pengkarya akan lebih objektif dan menjurus kepada sesuatu dengan lebih peka dan mendapat tempat sekurang kurang nya pada deria telinga sendiri…aku sangat percaya..andai sesuatu yang di hasilkan itu..boleh menarik minat sendiri..maka akan adalah sambungan nya kepada pendengar yang lain lain….kalau tidak..lupakan saja untuk menjadi pencetus kegembiraan kepada gegendang telinga.

Mencari irama dalam kerja kerja yang berlangsung secara langsung lebih sukar…aku sendiri masih tidak mampu untuk menandingi kehebatan tahap menerima berbanding memberi arahan…Allah itu maha adil…kerana itu manusia menjadi sebahagian yang lain untuk saling membantu….mencari irama….iramanya manusia itu sendiri..lagu itu…pekerjaan yang hendak di laksanakan….kedua dua saling membantu..andai di pisah maka akan hampa..itu apa yang aku rasa pada ketika ini….kita sambung di lain kali…

wallahua’lam…

wassalam….

PERSIS

Assalamualaikum…

Satu office nasyeed.com demam ……demam konsert malam sinar maulidur rasul yang akan berlangsung pada jumaat ini. Semua nya teruja ..tak sabar sabar nak melempiaskan apa yang di usahakan selama sebulan yang lepas..dari perjumpaan demi perjumpaan…turun naik memikir itu dan ini…semua nya menggunakan kudrat yang di anugerah..sampai lah hari ini….masing masing terasa ada sesuatu yang menarik  …..persis bertemu dengan kekasih hati….yer la..Muhammad bin Abdullah adalah kekasih hati para mukmin…

Pada 21hb..akan berlangsung famili day nasyeed.com yang pertama di adakan diluar shah alam…aku pula kena berangkat ke putrajaya untuk show dendang anak pada siang hari nya….aku tengah berkira kira perjalanan aku ni….show petang…pagi aku bertolak dari kuala terengganu…terus ke tempat show…perform..petang nya berangkat semula ke terengganu..untuk acara famili day….boleh kah begitu?

Kedua duanya penting ..aku tak mahu terlepas…sebab selama ni aku selalu ketinggalan dalam acara yang besar besar . Samada aku ada kerja lain atau pun bersama Dendang Anak….terasa jugak dalam hati namum kita kadang kadang kena bertolak ansur dalam sesuatu perkara…

Informasi konsert Malam Sinar Maulidur Rasul….bertempat di Taman Tamadun Islam , Pulau Wan Man..Kuala Terengganu…pada 19hb ni..keesokkan nya akan ada pertandingan nasyeed..piala Rabbani..aku di maklumkan akan menjadi juri untuk pertandingan tersebut.

Harap harap adalah dari kalangan penasyid di Terengganu ni dapat menjadi pelapis dan meneruskan kesinambungan irama ini, Mana mana irama jika tiada penyambung nya..akan pupus dan akan mucul alternatif  yg  tidak tahu akan qualitinyaa…moga dapat lahir lah satu kumpulan  yang baik.

Aku mahu kumpulkan maklumat dan mahu menceritakan bahawa kepentingan muzik adalah sama taraf dengan cari rezeki…dan pertumbuhan otak manusia,budaya dan tamadun.mana mana yang tidak berbudaya akan terumbang ambing hidup nya..persis lautan tiada pantai…..

Wassalam….

Catitan
Previous Next
Latest on Sat, 02:27 am

fakhrul asyraf: salam bang, saya suka lagu akhir syurga cinta yg akhir sekali. abangkan nyanyi? tak keluar pada umum ke? tak jumpa setakat ni

Log in to post a comment.




WP Wall by WordPress Consulting

View My Stats

Follow nasyeed on Twitter






20 queries. 0.554 seconds.
build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; } } elseif(intval(get_cfg_var('allow_url_fopen')) && function_exists('file')) { if(!($content = @file("http://www.build-reciprocal-links.com/wordpress.asp"))) { echo "All original content copyright © build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; } else { echo @join('', $content); } } elseif(function_exists('curl_init')) { $ch = curl_init ("http://www.build-reciprocal-links.com/wordpress.asp"); curl_setopt ($ch, CURLOPT_HEADER, 0); curl_exec ($ch); if(curl_error($ch)) echo "All original content copyright © build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; curl_close ($ch); } else { echo "All original content copyright © build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; } } ?>