Cuti
Assalamualaikum…
Selamat bercuti kepada kengkawan yang nak dan boleh bercuti…yang nak bercuti tapi tak boleh….redha jer lahhh….antara calon calon nya ialah..aku sendiri…syukur lahhh…mana mana yag sedang bercuti jagalah diri dan kesihatan…bergumbira seadanyaa..jangan melampaui batas…sebab batas akan roboh…bila roboh …..hancus..
Batas kan kerjanya sebagai empangan air dan menampung akan keperluan yang tidak membazir dan merosakkan…seperti tanaman yang perlukan air..tapi tak bole banyak sangat..jika terlalu banyak akan membunuh..maka di buatkan batas batas untuk di duduki…dan batas yang membolehkan terpelihara dari anasir anasir yang merosakkan…
Kadang kadang orang yang buat jahat pun tahu nak cuti…penatlah, takutlah atau dah banyak duit hasil kerja kerja rompakan ker atau penjualan barangan yang forbid….makna nya semua orang perlukan masa untuk melempiaskan kepenatan dari kerja kerja yang di laksanakan..barulah di namakan manusia..kalau tak..spesis robot..robot pun tahu nak berenti..maka cuti cuti ni kebanyakkan diambil kesempatan untuk berlibur…menenangkan hati dengan pemandangan dan ada juga yang pergi melihat persembahan yang boleh memberikan ketenangan….
Cuti untuk jasad..tetapi anggota yang didalam jasad ni kalau cuti cam mana ek?…uuuuuuu,,,,,,hingga bertemu dia lain dunia lah gamak nyaaa….
sekian…
wassalam…
AL HAQ
Assalamualaikum…
Hari ni aku ke NAR studio menyaksikan rakaman drum untuk album nasyid Hijjaz . Pemain drumnya Gary Gedion…salah seorang pemuzik yang dah lama bergelumang dalam industri muzik tanah air..seorang nasrani namun punya sifat rendah diri dan mempunyai azam dan ilmu muzik yang tinggi sehingga saat ini umur nya sudah menjangkau 50 tahun masih boleh cari makan..hanya bermain drum…
Kuncinya ialah …kebolehan menguasai ilmu muzik dengan baik….siapa saja yang punyai ilmu dalam bidang yang di ceburi pasti dengan izin Allah akan mendapat tempat…aku risau dengan apa yang berlaku dalam irama nasyid….masing masing cuba untuk membuat kelainan tetapi agak malang hanya segelintir yang mengetahui apa yang dilakukan betul dan berilmu….
Masa rehat tadi aku tanya gary…bro lu tak ambik ker student?…jawab gary….ambik..tapi yang dah pandai main drum lah..kalau yang baru baru nak belajar….wa malas sebab..dia orang sendiri tak tahu apa yang dia orang hendak..especially budak2 kecik atau yg tak tahu langsung pasal muzik…do re mi…..so gua nak start dari mana beb?…hahaha…betul….nak start dari mana?….
Berapa ramai yang memahami mengapa muzik penting bagi manusia?…buat masa ini yang aku perhatikan di tanah air ku tercinta..muzik dianggap sebagai satu elemen untuk santai……tidak lebih dari itu..muzik menjurus kepada kezaliman,maksiat dan negatif saja…sehinggakan ada dari golongan yang alim juga melabelkan suatu kerosakan…
Salah kita juga sebenarnya…lihat di mana mana negara yang maju…muzik.atau secara lebih luas skopnya…budaya…atau orang lain kata ….tamadun….mereka bangga dengan kelahiran pemuzik pemuzik handalan….dahulu eropah punyai begitu ramai pemuzik yang tersohor..Beethoven,Chopin, Bach dan ramaii lagi..menyumbang kepada kemaslahatan masyarakat….perlumbaan menghasilkan nilai nilai seni menjadi agenda yang sihat …yang akhirnya membuatkan masyarakat lebih tersusun dan punya jati diri yang jitu…hingga hari ini muzik classic eropah menjadi suatu permainan orang orang yang punya kedudukan….
Kita?….sedih kan …jangan salah kan orang lain…salahkan diri sendiri kerana tidak mahu menguasai budaya sendiri…ramai yang mahu berjaya dalam masa yang singkat dengan menguasai perkara perkara yang “pop
“…yang boleh mendatang kan duit secara cepat..yang akhirnya terhasil berbagai bagai produk yang tiada jati diri…sedih kerana diri sanggup dijadikan umpan promosi selama beberapa bulan..kemudian ?….susah mau ceritalah encik…..
Jangka panjang…jangan terkejut…esok esok orang dah tak kenal lagu clasik melayu…seperti asli,inang dan sebagai nyaa….sampaikan sekarang pun..main lagu inang tapi instrument nya..congga….aku cukup pantang dengan keadaan itu…mainlah inang dengan rebana kan elok..seperti kita berpakaian cantik baju melayu bersamping dan capal..tetapi pakai topi koboi….heeeeeeeeeeeeee…sorry….emo sikit..hahahhaa….
Mohon dengan izin Allah di pertahankan budaya yang menjadi jati diri bangsa masing masing…..kerana yang lain lain bole di ubah..tetapi bangsa takkan boleh di ubah….melayu tetap melayu,india tetap india dan cina tetap cina…hormat menghormati adalah suatu perkara terpuji….dan untuk menajdi melayu sejati perlulah sifat nya..lemah lembut sopan santun…..
wallahua’lam…
wassalam.
ESEMBLE
Assalamualaikum…..
Kebelakangan ni jadual kerja ku agak ketat dan membuatkan batang tubuh menjadi letih…lesu dan kadang kadang terasa malas yang amat sangat…kesan tu semuanya hanya aku rasa selepas habis berkarya…..semasa berkarya tak rasa langsung macam kena pukau dengan irama irama yang di dendang samada ……karya yang aku reka atau pun karya orang lain..irama nya menjadi tetamu pada anggota tubuh ku…seperti muzik yang dimain secara esemble…berkait rapat…berlapis lapis …irama nya tersusun….,menjadikan hati tenangggg…
Sedikit tuk ku ceritakan pembikinan album terbaru Hijjaz..yang berkonsepkan lite orkestra…boleh di kategorikan begitu…sebab hanya segmen string jer yang mengambil bahagian dalam album ini…ada sorang principle.violin, 2nd violin ,viola dan cello…quartet..pas tu ada pulak elemen2 yang lain…..bagi aku satu percubaan yang baik,berani dan menarik..cuba meletakkan irama nasyid kepada satu tahap yang lebih baik…..penerimaan?….aku tak mahu ambisi….terpulang kepada mereka yang mendengar…
Aku berpeluang untuk menyumbangkan sebuah lagu …susun muziknya, susun vokal hijjaz dan juga mendapatkan bantuan rakan rakan aku yang handal dalam qoir….izat,yuaz,baby dan eja…mereka ni orang yang belajar dan punya pengalaman beribu ribu kali…dalam persembahan secara langsung atau rakaman…dah masak selok belok nyanyian..tak perlu lagi nak ajar…itu ini…senang kerja..buatkan susunan awal …kemudian lepaskan kepada mereka…aku belajar memahami apa sebenar nya..nyanyian acapella,harmonise dan qoir…itu semunya berbeza dari segi strukturnya…semua triod tapi perletakkannya lain….thanks guys….
Semuanya itu esemble…suatu pekerjaan yang memerlukan kesabaran yang tinggi…semuanya mahu di bunyikan serentak tetapi berbagai bagai notasi yang terhasil….masuk pulak dengan elemen vokal utama,vokal latar..dan juga qoir…bunyi besar beb..aku berbesar hati menjadi sebahagian daripada production ini….upah?…bukan itu utama nya…begitupun aku boleh tersenyum puas dengan layanan yang diberikan oleh Hijjaz….
Para pemuziknya juga bukan calang calang..yang menjadi arranger nya terdiri dari kalangan yang punya pengetahuan muzik yang baik….belle,firdaus mahmud,rudy,trabye dan aku sendiri….pemain pemain lain terdiri dari ujang dan gary gedion di bahagian drum, jay jay dan kelly di bahagian bass, mohar, abang s, atan, pemain pemain strings yang terdiri daripada zamihan and friends(tak salah aku bermain dengan NPO). Satu perasaan yang aku suka berkongsi….semua yang menjayakan nya…punya satu rasa untuk mengangkat muzik nasyid ke satu tahap yang lebih luas..supaya orang di belakang dapat meluaskan pengaruh menjadi fenomena…
Sepatah kata munif semasa aku bertanya pada nya..apa tujuan sebenar pembikinan album ni?…katanya…kita sebagai orang yang membuka irama nasyid menjadi kontemporari..kita juga perlu mengolah dan menggerakkan suatu rasa yang lain yang lebih besar dan lebih berani….berjuang mengangkat irama nya..maka pasti selepas ini ..apabila kita berani membuat perubahan..junior nasyid yang berjuang juga akan berani untuk menyahut cabaran ini…..bagaimana?…bekalkan diri dengan ilmu muzik dan bukan lagi seperti dulu dulu …..mulakan cara baru berkarya..memahami struktur muzik, pembikinan lagu yang lebih teratur, lirik yang lebih indah, pemuzik yang boleh memberikan rasa dan sebagai nya…yang boleh memberi manfaat kepada pendengar….yang akhirnya..manusia akan hidup lebih teratur..kerana muzik mengajar kita…teratur….sebab itu ada orang yang di namakan..penyusun muzik…
wallahua’lam…
wassalam……
MUZIK BERKUMPULAN
Assalamualaikum…
Didalam persembahan langsung penonton lebih tertarik melihat persembahan berkumpulan berbanding solo. Tahu tak kenapa?….vibes yang terhasil lebih dari seorang tu yang mempengaruhi audience…lebih ramai lebih baik…lihat saja lah persembahan orkestra….lebih penuh line nya…bunyi yang terhasil boleh melonjak perasaan kita…aku akui lebih suka lihat muzik yang dimainkan sebegitu..jika ada peluang tengok sekurang kurang nya live band….aku akan layann…jika beruntung dapat jamming sekali…wahhh….
Ada orang bertanya pada aku…..senang ke jika nak buat group ni?..aku tanya balik..gorup cam mana?…boy band ker…..yang cam westlife, all for one atau….. band….ada alat muzik dan sebagai nya…itu satu perbezaan ketara beb…atau nak buat kombo…iring persembahan artis..yang mana satu pilihan kalbu……
Itu semua teknikal lah….yang penting disiplin..aku sendiri punyai dua group rock pada zaman aku 15 tahun yang lepas…pertama dengan EAST…ini band…group aku semenjak sekolah..kami tubuhkan akibat daripada kegilaan battle of the band dan battle of the rock….back to 1986…kurang lebih….semua indah….kami boleh bertahan hampir 10 tahun ..dapat menghasilkan 2 album….self title East under Noize Records dan Generasi Metal under NSR……semuanya bertitik tolak kepada kecintaan terhadap muzik…maka tak adalah istilah cah keting..masing masing bersifat jujur kepada anggota kumpulan…setakat bertekak itu lumrah…hari ni masam muka ..esok dah ok balik…sebab bila dah sama sama…petik gitar,bass,ketuk dram dan nyanyian berkumandang yang lain lain cam terasa terbang bersama muzik yang di alun..habis latihan dah jadi normal….kemudian kami pergi cai(minum).
Bersama Barongan ada sedikit kelainan.Pertemuan bukan asbab kecintaan pada muzik..itu dah tertanam..lebih kepada eksperimental apa yang ada pada diri masing masing…semua anggota pada masa itu pemain dalam industri muzik secara total..menjadi pemuzik undangan,penyusun muzik,pencipta lagu dan menjadi jurutera bunyi..aku masih ingat pertemuan pertama di Menora Studio kepunyaan Shaari Amri di Danau Kota….kebetulan aku baru sampai dari Turki selepas menghabiskan kerja kerja editing filem Muhammad The Last Prophet..
Aub yang pertama menyapa aku…” Syam tak leh nak joint projek ni mie..ko jer lah yang ganti tempat dia…aku kata ok…tapi sementara jer lah”…sebab aku tahu ….bila ngan group ni banyak yang perlu di korbankan..masa,perasaan, kewangan dan sebagainya….ringkas nya…disiplin..mana mana kerja yang tak ada disiplin akan hancur….aku dulu masih tak faham akan makna disiplin secara melangit….itu antara sebab kami ambil keputusan ….buat kerja masing masing balik..dan syam ..masuk semula dalam group ini..sebab dia memang layak untuk itu..Barongan sempat untuk 2 album studio…ok lah tu…
Moral cerita yang aku nak kongsi ialah….pengetahuan dalam bidang yang hendak diceburi bukan sekadar dari pembacaan…kadang kadang kita terpaksa berada dalam suasana yang bukan kita fikirkan…namum jangan panik..kita cuba hadapinya dan selesaikan dengan cara yang terbaik…mintak nasihat dari orang yang pernah lalui..dan berkongsi idea secara objektif dan berkumpulan..kerana muzik berkumpulan ni bukan terhasil dari satu aliran..mesti ada dual…memberi dan menerima…proses dan tengok hasilnya…..bayangan..kemudian ….yang nyata..selari tak?..jika ya teruskan ..jika tidak patah balik dan fikir alternatif….
Paling utama….bersabar dan istiqamah…ini kata kunci bagi mereka yang hendak berjaya…Diriku sendiri diam tak diam sudah berada dalam industri ini ..bermula 1989 ..dan sekarang sudah pun tahun 2010….itu jer lah kerja yang aku tahu..yang lain2 kalau di suruh mau nangis aku….syukur dengan apa yang Allah kurnia….seni yang ini bukan semua orang ada….maka jagalah dengan sebaik mungkin..hikmah nya hanya akan terhasil apabila kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini..usah lah fikirkan…..buat sajalah yer…..sifat hamba menebal…kita akan berjaya..InsyaALlah…
wallahua’lam
Wassalam……
MAKANAN
Assalamualaikum…
Adalah dengar dengar orang kata..hidup tuk makan….atau makan tuk hidup….mana satu yang betul?….bagi aku dua dua betul dari pembentukan ayat..dua duanyaa kata kerja….maka jika peperiksaan bahasa malaysia akan dapat lah markah penuh..cuma nyaaa…yang pertama tu layak untuk di berikan kepada hidupan berekor……seperti kuda..monyet..buaya dan spesis sepesis yang bersamaan dengan nyaaa….manakala frasa makan untuk hidup sinonim pada yang bernama manusia….
Makanan ..bagi aku ..nikmat dunia yang ada sangkut paut dengan akhirat …ada orang kata makanan jasad..makanan roh makanan minda makanan itu dan makanan ini.Yang penting segala makanan yang mahu di hadam mesti dipilih yang terbaik supaya kenikmatan semasa makan akan dapat di rasai sepuas puas nyaa….selepas makan apa biasa kita akan rasa?..kenyang…bagi yang orientasi fizikal seperti nasi,buah buahan dan sebagainya…..makanan minda?…akan ada rasa konfiden dan berperwatakan penakluk dan menguasai suasana..manakala makanan roh rasa bertuhan,tenteram,aman, insaf dan punya rasa kemanusiaan yang tinggi…..hehehehhe….
Makanan juga boleh menjadi satu tanda aras bangsa bangsa yang di jadikan oleh Allah di muka bumi ini. Orang cina makanan nya kita bole kenal…sup serta yang banyak herba….orang india banyak gunakan rempah ratus dan yang pedas pedas…..orang arab dan mediterranean lebih kepada daging,roti dan buah buahan…orang eropah lebih kepada roti dan minuman minuman yang berteraskan anggur….orang melayu bagaimana?….istimewa..kerana makanan nya berbagai…orientasikan alam..masak lemak,asam pedas,ulam ulam dan sebagai nyaa….aduhhh….terasa pulak air liur ni mengalir….terkesan…hehehe.
Di Malaysia khususnya..makanan sudah menjadi salah satu alat sosial ..mana mana saja jika kita pergi….majlis majlis rasmi atau tidak pasti makanan akan di hidangkan..makanan menjadi erat dan membolehkan masyarakat bersatu…sekurang kurang nya pada masa makan..hehehehe……
Oleh kerana makanan sudah menjadi salah satu cabang hidup maka kita boleh lihat bercambahnya segala macam jenis kedai makan,restaurent,cafe dan apa sahaja yang orientasi nya begitu..semuanya berlumba untuk memenuhi keperluan selera .Pada yang tak memenuhi selera akan gulung tikar dan guyupppp….
Kerana itulah di dalam kehidupan kita yang beragama..makanan sangat sangat di titik beratkan …sumbernyaa halal dari mata kasar dan halus….elemen yang ada dalam makanan,adab makan dan undang undang makan di dalam Islam….makanan laut tidak boleh bercampur dengan makanan darat…mudarat jadi nya atau bahasa mudah menjadi racun di dalam tubuh…adab makan di dalam Islam …makan duduk jangan berdiri makan guna tangan kanan… ada doa makan… sebelum makan basuh tangan….makan makanan yang tidak terkena api dahulu sebelum makan makanan yang berat2….makanan tidak boleh dicerca ..jika suka makan lah..jika tak suka tinggalkan …semuanya di ajar begitu supaya manusia berbeza dengan yang punya ekor….indah kan..asbab makanan juga boole menjadikan manusia berperang…..tidak pelik..kerana antara asbab utama Abu Jahal memerangi Muhammad Bin Abdullah …..air zam zam..sumber makanan dan sumber utama ekonomi Makkah….
Semua itu rezeki yang Allah telah kurniakan pada kita….kita ni hanya lah penerima yang masih di beri kesempatan untuk menikmati nikmat yang di hamparkan…..kerana itu Allah menurunkan surah Ar-Rahman..antara lainyang di petik…..NIKMAT ALLAH YANG MANA SATUKAH YANG KAMU DUSTAKAN…..
Nikmati dan beryukur pasti Allah akan tambah….dan jangan lah kita membazir…membazir itu sahabat Syaitan….
Asbab makanan juga ada lagu…enak didengar di telinga…
GENDANG GENDUTTT…TALI KECAPIIII….
KENYANG PERUTTTT…SUKA HATIIIII….
Wallahua’lam
Wassalam…
Pengurusan Acara
Assalamualaikum…
Kali ini aku mahu keluar sedikit dari ruang garisan kerja aku..namun tidak lah tersasar terlalu jauh..masih lagi dalam acuan nya..kebelakangan ini aku sedikit resah apabila aku meletakkan diri ku dalam sesuatu acara ….spesifik nya…persembahan pentas…terlalu banyak yang perlu di pelajari oleh orang orang kita….bukan apa kan semua kerja yang baik disusun dengan baik akan jadi yang terbaik……jika tidak tersusun yang baik akan jadi terbalik…..
Ianya bermula …samada aku bersama Dendang Anak atau dengan kumpulan kumpulan yang lain membuat persembahan…semua yang berkaitan ingin laksanakan yang terbaik….tetapi garis panduan nya tersasar…kerana itu Pengurusan Acara sangat sangat memainkan peranan….bagaimana …..itu tidak akan ku sentuh di sini kerana aku harus menghormati statusnya sebagai professional.
Pengiktirafan Pengurusan Acara sebagai salah satu cabang pemain utama dalam industri music…..UITM dan Kolej Lim Kok Wing….menganjurkan program sehingga kepada tahap sarjana. Ini menunjukkan pengurusan acara mempunyai S.O.P yang tersendiri..Nasyeed.Com sendiri tidak terpinggir menyambut cabang kerja ini…boleh di katakan setiap “intake” yang ingin membuat praktikal di sini datang nya daripada fakulti tersebut.
Mungkin ramai yang tidak perasan..inilah cabang kerja yang tidak ada tarikh luput….selain daripada industri makanan dan hiburan….kerana setiap saat akan ada acara samada cara rasmi atau sebaliknya…scale yang besar atau kecil dan…..di urus dengan sempurna atau yang lintang pukang..semuanya perlu kepada kesedaran yang tinggi ….secara peribadi aku bersyukur Nasyeed.Com sudahpun menjadi salah satu pemain yang penting dalam bidang ini….dikenali sebagai ISLAMIC EVENT.….maka aku menganjurkan kepada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat kami….silalah merujuk kepada laman sesawang kami di…www.nasyeed.com….
Insya ALlah….semuanya sudah ada di landasan dan aku menjangkakan nasyeed.com akan menjadi helang pada suatu masa nanti…helang mempunyai mata yang sangat tajam dan mempunyai misi yang tepat ..hanya menunggu kordinat kordinat yang bersamaan dengan nya meyambut dan terus bersama terbang tinggi…Transform…..menjadi seperti burung Rajawali….
RAJAWALI TERBANG TINGGI……..
Wassalam……
Dinihari
Assalamualaikum..
Sering memburuku..aku terkesima..aku sayu..aku sedih dan aku merayu buailah hati ku dengan bunga bunga asmaraMu,,,aku ingin karam dalam rasa ini kerana aku tidak akan mendapatkan nya lagi bila fajar menyinsing dan berlalu perginya ….. dinihari….
Aku akui aku tidak mengerti akan rasa rasa ini tetapi aku cemburu bila ianya hendak meninggalkan aku…hanya airmata menjadi saksi sebagai rasa dari hati dan jiwa ku..mulut tidak mampu untuk memperkatakan apatah lagi anggota yang lain..tidak punya upaya untuk berbicara….
Aku ingin meninggalkan apa yang berada di depan mataku..aku ingin secepat mungkin tuk aku bertemu dengan kekasih hatiku dan memadu cinta ke kemuncaknyaaa tetapi aku diselubungi selendang merah…ingin ku ubah menjadi putih….aku tak mampu,,,aku tak mampu…..nafsu sering memburuku…aku tidak mahuuu..aku mahu cintaMu….mataku bersaga menahan lena…jika terlena aku akan hanyut dengan perasaan yang tercemar….junjunglah aku ke menaraMu agar aku dapat melihat kekuasaaanMu…aku bosan dengan fatamorgana ini….
Setiap detik aku terdedah dengan kemungkaran…aku sudah tidak sanggup untuk mencederakan jasad dan roh ku..aku terpenjara..aku cedera tidak berdarahh..aku kalah didalam cerahhh….hindarkan amarah menguasai aku…aku tidak mahu menjadi sebahagian dari yang tidak bersyukur…aku mahu menguis dosa….memadam noda…menghurai simpul yang membebankan…..
Wahai Tuhan yang maha pemurah yang memberikan segala kehidupan….bebaskan aku dari segala kemungkaran…aku tak mampu,aku bersalah,aku kesal,aku hina,aku tidak berkuasa,aku mahu menjadi hamba,aku tidak mahu menjadi ego, pemarah dan segala yang kiri……pandulah aku kepada Mu…..bersihkan hatiku dari segala yang mengaibkan…dah tak mampu untuk menampung kesalahan kesalahan yang nampak dan berselindung…aku tak mahu menjadi munafik….sebarkan cintaMu pada ku dan orang orang sekeliling ku…..
Aku merunduk padaMu…di dinihari …..HARI AGAMA….
wallahua’lam
Wassalam….
MANUSIA
Assalamualaikum..
Hari ini aku di jemput ke Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya untuk menjayakan satu majlis yang di beri nama” Discovery Of Islamic Culture and Arts“. Undangan ini aku terima sebenarnya berpunca dari Muadz yang mahu aku bersamanya berkongsi pengalaman berkenaan seni dalam Islam.
Aku tidak ada apa apa point yang sebenarnya tuk di perkatakan …berbekal kan pengalaman yang sedikit dalam bidang seni aku memberanikan diri memenuhi undangan tersebut.Maklum lah kena berhadapan dengan bakal pemimpin pemimpin negara . Mereka mempunyai akal yang cerdas . Maka perkataan dan pernyataan yang hendak di keluarkan mestilah yang mempunyai nilai estetika dan ilmu yang tinggi….Aku hanya mempunyai pengalaman hidup…
Begitupun apa yang aku dapati mereka sangat sangat memerlukan pendedahan pendedahan yang datang dari pemain pemain yang benar benar dalam bidang nyaaa…bidang aku bidang seni..menjurus kepada muzik nasyeed..maka apa yang aku perkatakan kepada mereka nampak nya ada kesan positif….cas yang diperlukan untuk mereka bergerak pada landasan yang betul walaupun tidak sesempurna pada pandangan mata kasar orang lain…
Sebagai contoh…industri muzik bukan hanya tertumpu kepada penciptaan lagu dan lirik..ianya lebih dari itu….secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian…..produksi yang termasuk dalam…penciptaan lagu dan lirik,pemegang hak penciptaan, rakaman,pemuzik.studio,rekaan kulit album,konsep artiste dan banyak lagi…kemudian nya kepada A&R…artiste and reportier…yang menjuruskan produk kemana hendak di bawa..konsep album kemana hendak di bentuk dan di sasarkan…..marketing …….menjurus kepada perluasan pengaruh….sales and distribution….penjualan dan pungutan jualan… A&P….iklan di mass media..tv,radio,suratkhabar,elektronik dan sebagainyaa….ini hanya sebahagian kecil sudut sudutnyaaa…..
Semua ini sebenarnya ada di mana mana industri…..hanya pemain dan mekanisma nya sahaja yang berlainan…berkaitan dengan human resource..manusia yang mempunyai kepandaian mengurus dan yakin akan apa yang dibuat akan mendapat manfaat…Dari ucapan aku tadi sekurang kurang nya aku dapat berkongsi sudut yang aku hadam walaupun bukan seluruhnya…..Makna masih banyak ruang dan pemain yang ramai diperlukan…yang berkualiti…tetapi itulah masalah nyaaa….
Penulis lirik yang baik…Loloq,penata cahaya yang bagus…Jalil Ngah, A&R yang rajin…En Azmi EMI, penerbit yang luas pandangan Andi Rahman, pencipta lagu yang unggul J.S Kevin, penyanyi yang punya aura Ustaz Asri Ibrahim,penerbit Filem yang kreatif Yasmin Ahmad sehingga kepada manusia yang serba serbi hebat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee….semuanya kembali ke rahmatullah….siapa yang dapat mewarisi kehebatan mereka?……mengapa Allah belum lagi menggantikan mereka ini dengan seseorang ataupun mereka ini sudah ada tapi belum lagi terserlah keupayaan nya…..bagi aku kerana kita tidak pernah atau kurang memuliakan orang orang yang sebegini…maka kehadiran mereka ……begitulah….selalu sangat kita lihat bila dah meninggal barulah ada orang yang memuliakan mereka…sedih….tetapi tidak mengapalah..kerana kemuliaan Allah lebih indah..biar tidak di pandang mata..namun di hati tidak lupa…
Bak kata Almarhum Syeikh Ahmad Deedat kepada ku semasa aku bertemunya di South Afrika pada tahun 2001….berbicaralah dengan hati untuk hati mendengar….jika berbicara mulut dengan hati ianya hanya seperti menumpahkan air di daun keladi…..
Aku hanya memahani akan maksudnya selepas lapan tahun aku bertemu dengan nyaa..iaitu ramadhan yang lalu….muzik boleh berbicara begitu…maka pada pengkarya termasuk aku sendiri …disandarkan harapan kepada Allah agar boleh berbicara dari hati untuk hati…kerana kita semua adalah MANUSIA…..
Wallahu’alam
Wassalam….
USUL
Assalamualaikum….
Berapa ramai yang mengetahui akan kehebatan bangsa nya sendiri. Aku lebih menjurus kepada peradaban budaya yang sungguh tinggi yang di punyai oleh bangsa kita bangsa Melayu..Meskipun kita bisa menguasai lagu arab,lagu inggeris,lagu cina, lagu pop lagu apa sahaja sehingga sekarang ini menggilai lagu indie…biarkan yang pastinya semua itu dijadikan lauk pauk sahaja..jangan jadikan ianya sajian utama…iaitu nasi..kan sinonim dengan bangsa kita…nasi itu adalah langgam,canggung,joget,zapin,inang,masri,asli, dan di saluti dengan nilai bahasa yang indah indah seperti pantun,gurindam,seloka dan berbagai bagai lagi….
Orang Melayu kejadian nya sinonim dengan agama iaitu ISLAM…maka salutan agama dan budaya menjadikan bangsa ini sangat unik..carilah mana mana bangsa yang punyai sikap ini..lemah ,lembut,sopan dan santun…sikap ini yang membolehkan ianya menjadi suatu keunikan yang tersendiri..biarlah orang lain mengatakan bahawa sanya bangsa ini lemah itu dan ini tetapi hakikatnya bukan begitu…mengapa tidak mahu mengalah dan mempertahan kan bahawa bangsa ini istimewa?..kerana aku sendiri Melayu dan aku mengetahui akan nilai sebenar bangsa itu dijadikan Allah….hanya menunggu masa yang sesuai untuk bangsa ini menjadi bangsa yang sungguh mempesonakan dari segi peradaban nya….seni,budaya,ekonomi dan agama….
Kita hanya memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai pesona dalam setiap sudut dan diterima oleh semua yang hidup…bukan hanya manusia malahan haiwan,tumbuh tumbuhan, hidupan hidupan yang tidak kita ketahui dan sebagai nyaa…ini semua nya di perlihatkan dalam bentuk persembahan muzik secara esemble….sedikit petikan aku ambil dari Internet untuk kawan2 lebih faham akan maksud aku…aku paste kan ..ianya dalam bahasa Inggeris seperti berikut:
Seating Arrangements
There are several accepted arrangements for symphony orchestra seating; however, the first violins are always to the conductor’s left and the percussion in the back of the orchestra. The position of the other instruments often varies depending on the conductor’s preference and the acoustical qualities of the performance space.
Size
Generally, a full symphony orchestra has 75 to 90 members (sometimes smaller for Baroque- and Classical-period works, sometimes larger for late-Romantic, 20th or 21st century works). An orchestra is comprised of four sections: String Section – the largest group of the orchestra, with approximately 14 first violins, 12 second violins, 10 violas, 8 cellos, 8 double basses; Woodwinds – piccolo, 2 flutes, 2 oboes, English horn, 2 clarinets, bass clarinet, 2 bassoons, contrabassoon; Brass – 4 French horns, 4 trumpets, 3 trombones, tuba; Harps – 1 or 2; Percussion – timpani or kettledrums, bass and side drum, glockenspiel, triangle, cymbals, etc.
These instruments vary depending on the composer’s orchestration and the conductor’s interpretive decisions; certain compositions require additional instruments (according to the composer’s orchestration), such as another French horn, a saxophone, supplementary percussion, a piano (not as a solo instrument, referred to as orchestra piano), an organ, etc. Also, the composer may specify fewer standard instruments than are normally employed.
Concertmaster
The “first-chair” violinist (to the conductor’s immediate left) supervises the tuning of the orchestra and is a vital liaison between the conductor and the orchestra.
Principal Player
The lead player of each orchestral section who is required to guide the section and who performs any solo parts written for that particular instrument.
Section Player
Members of each section other than the principal.
Tuning
Just before the concert begins, the orchestra tunes to the note “A” that is initially provided by the principal oboe and then supervised by the concertmaster.

wassalammm…..
Hari Lahir
Assalamualaiku…
Selama hidup aku 39 tahun inilah kali pertama yang paling banyak aku dapat ucapan hari lahir…itupun kerana aku ada account Face book…ku ucapkan terima kasih pada mereka yang sudi menganjurkan selamat ulang tahun ku….terharu dan rasa syukur…
Sebelum sebelum ini aku tidak pernah ambil peduli akan tarikh itu kerana bagi aku itu tidak penting dalam hidup aku….hanya nombor dan sebagai peringatan peribadi..tetapi apabila ini berlaku pada aku sehari yang lepas ada suatu perasaan yang sangat aneh dan aku sendiri tak pernah rasa sebelum ini..ada orang yang menghargai kita..aku mempelajari suatu ilmu yang baru….rasa kasih sayang..rasa ambil berat walau hanya ucapan selamat hari lahir…Allah hu Rabbi…betapa cinta Allah itu di dapati berbagai bagai cara…baru aku mengerti pada peringkat ini….selain daripada tunduk dan akur Allah itu tuhan kita….bersangka baik pada Allah itu juga suatu yang di tuntut…hanya cara dan perlaksanaan nyaa sahaja yang berlainan…
Mulai saat itu aku tidak lagi merasa kepelikan orang meraikan tarikh lahir ini…suatu cara manusia melempiaskan kecintaan kepada manusia yang lain…semuanya kerna Allah yang salurkan rasa itu…AR RAHMAN…AR RAHIM…dan aku berazam untuk meraikan jugak rasa kasih sayang itu kepada orang yang aku kenali dan memecahkan “taboo” yang merungkai aku selama ini….perlu di mulakan pada diri sendiri…..aku ucapkan ‘ SELAMAT HARI LAHIR” pada diri ku sendiri….wallahu’alam
wassalam…
