ANGGAPAN KU

Assalamualaikum….

Petang tadi aku rasa sangat sangat gembira kerana dapat meraikan harijadi salah sorang anak buah aku yang ke 7…selama ni tak pernah di raikan si budak kecik ni..tiba tiba pulak tahun ni ….dekat pulak ngan tarikh lahir aku tu…malam nya aku masak lemak cili api ketam yang di minta oleh abang aku..suka sangat dia ngan masakan aku..katanya kena ngan seleranya..bukan dia sorang malah satu keluarga nya pun suka….anggapan aku lah,,,…jika salah apa nak buat…

Malam aku kembali ke office kerana ada kerja yang belum aku selesaikan ..dan baru sebentar tadi secara dasarnya telah aku siap dalam 70 peratus..sebelum tu  aku sangat sangat terguris dengan satu berita yang aku lihat,,,aku rasa macam tak di hargai …inilah akibatnya jika kita ada keinginan untuk orang menghargai kita…tapi sebalik nyaa..ialah semua ini juga salah aku kerana aku yang memberikan ruang . Sangat pilu rasanyaaa…

Untuk tidak berlaku lagi..aku hanya akan menghabiskan kerja kerja aku yang telah aku commit dan selepas ini aku berharap punya kekuatan untuk mencuci tangan ku dari kerja kerja yang berkaitan dengan. Supaya hati ku tidak terluka dan membuatkan orang lain tergantung akan rasa hati nya pada aku dan begitu jugak sebalik nyaa..di masa hadapan…

Apa, siapa, kenapa tidak wajar tuk ku perkatakan secara terperinci kerana aku masih punya harga diri…mereka yang selalu mengaibkan orang lain sebenarnya punya moral yang rendah….melupakan kita, merasa kita hanya lah suatu beban yang amat berat semasa kesenangan mereka..tetapi hakikatnya tidak begitu….pilu memang pilu,,,tetapi aku telah membuat keputusan yang jarang sekali akan aku tarik…dan sepanjang hidup aku…keputusan yang sebegini sirahnya…aku tidak pernah berpatah balik..jika A maka A lah jadi nyaa….tidak aku berganjak walau seinci…wallahu’alam…..

wassalam..

PERJALANAN HIDUP

Assalamualaikum…

Detik hidup kita bermula sejak dari azali lagi…bagaimana penciptaan langit dan bumi yang sempurna..maka di jadikan kita manusia sesempurna kejadian dan menjadi khalifah ,petunjuk pada yang mahu akan kebenaran.Manusia dilahirkan boleh berkata kata dengan bahasa yang sempurna…pokok pokok tidak begitu,haiwan juga tidak terpilih untuk menzahirkan kalimah kalimah agung bagi memuji kebesaran Ilahi. Itu yang di gambarkan sebagai khalifah….mana mana manusia yang memuji dan memuja nama Tuhannya maka ia tergolong dalam kalangan orang orang yang beruntung…

Perjalanan hidup sebentar cuma…yang panjang selepas peninggalan kita ..dunia yang kita duduk sekarang ini….bagaimana pula dunia yang satu lagi…satu lagi..satu lagi…satu lagiii…apakah kita akan mendapat keselesaan seperti ini….aku berfikir sejenak bolehkah aku lari dari menempuh masa depan…adakah aku punya rakan dan taulan yang dapat membantuku pada masa depan?…apa jaminan nya aku akan selamat di sana?…

Dua hari ini aku merasakan bahawa  sanya aku hanya insan yang sangat lemah….debar di dada sangat kencang dan setiap detik merasakan akan kepincangan pada diri..apa sandaran nya yang akan aku bawa..jika ada pun adakah ianya laku seperti mata wang di dunia ini…apa yang membolehkan kita menyambung perjalanan menuju Allah….

Perjalanan hidup…..pasti kita akan merasa sakit jika tersandung semasa dalam perjalanan…kerana perjalanan itu hidup dan punya nafas nya yang tersendiri..pabila kita letih mampukah kita di beri ruang untuk berehat barang seketika..jika dahaga mampukah kita mendapatkan nyaa..jika sesat boleh kah kita bertanya arah tuju….bagaimana pula jika ianya malam?…adakah cahaya yang memandu kita ke depan?…jika siang adakah yang meredupkan kita?…

Kembali pada sunatullah sepertimana yang di ajarkan oleh baginda rasul..hidup perlu kelompok atau jamaah..kerana hanya dengan berjamaah kita mampu untuk merungkai berbagai bagai kotak bicara yang tak mampu di ungkap sendirian…perjalanan selamat dari ancaman musuh..secara dasar apabila bekerja sendirian lambat keputusan nya tetapi  secara jamaah akan menjadikan kita kuat,kukuh dan menjadi panduan pada orang lain…kekuatan nya juga terletak kepada pimpinan yang punyai agama..kerana agama itu adalah susunan…kita pasti akan mendapat tempat yang adil dan menjadi benteng daripada kemungkaran…

Perjalanan hidup sebenarnya telah di tunjukkan contoh nya …dalam SOLAT.

Wassalam…..

KERJA

Assalamualaikum..

Minggu ini minggu yang sungguh sibuk bagi aku. Hari ini sahaja aku buat tiga kerja….paginya aku ada mesyuarat tuk membantu seorang rakan baik ku…membuat persembahan “motivation” dalam bentuk yang baru…design muzik dan apa sahaja yang bole menyokong cara persembahan nya supaya berada dalam suasana yang segar dam boleh mencuit hati pelanggan nya…

Balik dari mesyuarat aku bergegas ke dalam studio untuk menyiapkan susunan muzik kumpulan Hijjaz yang telah dua minggu aku usahakan namun masih tidak sampai pada tahap yang aku inginkan…rasanya kaku,tidak seperti biasa…mengapa?..aku tiada jawapan…lagu ini telah pun berusia 13 tahun. Isman secara peribadi meminta lagu ini dimuatkan dalam album terbaru mereka yang sedang dalam pembikinan…projek yang bagi aku akan membangkitkan semula rasa rasa yang lama tidur…]

Dan sekarang aku berada di dalam studio yang lain menyiapkan lagu kasih dendangan kumpulan Hijjaz…baru sebentar tadi string live dimasukkan …dimainkan oleh en azlan..salah seorang pemuzik orkestra yang berpengalaman…sekarang ini hj eddie marzuki sedang masuk acoustic guitar…indah bunyi nya bila instrument live di masukkan dalam sesebuah lagu..setiap pemain berkongsi rasa melalui alat muzik masing masing dan itu yang akan menyebabkan lagu ini mempunyai rasa yang berbagai secara teknikalnyaaa…bunyi nya menjadi besar dan menambah edrenalin dalam sesebuah lagu….sungguh ….Alhamdulillah….

Bekerja dengan sepenuh hati ..insyaAllah akan mendapat bantuan daripada Allah..dengan dorongan yang tidak kita jangka….melempiaskan rasa rasa yang tidak kelihatan kepada hati hati yang menunggu untuk di isi…bercambah kecintaan kepada penciptaNya…..mendorong membuat kebaikan dan mensyukuri pemberian nyaaa dengan beribadah pada yang hak…jika kerja itu di anggap satu amanah marilah kita bermotivasi melakukan nya hanya kerana Allah…memang senang di ucapkan tetapi sekurang kurang nya..bergerak walau selangkah lebih afdal dari berdiri kaku menunggu sesuatu yang tiada jaminan….

wassalam…..

Damai…sambungannya…..

Assalamualaikum….

Di mana rasanya damai?…sudah tentu di dada..tidak di kaki,tangan,mata,hidung dan anggota tubuh yang lain…semalam seharian aku merasa tidak selesa pada diriku….hanya kerana perasaan berdebar debar di dada…maka aku tidak damai dan melangsung fikiran ku menerjah permasalahan nya…mengapa yaa?…pada ketika itu wang tidak menjamin,harta tidak menyelesai,anak anak tidak membantu…hanya yang mempunyai sumbernya sahaja yang boleh selesaikan…bagaimana ?…penggantungan kepadaNya secara mutlak…senangnya mulut berkata begitu……

Sifat hamba bukan boleh di buat buat…ianya perlu pada pentarbiahan, melalui program yang disusun…punyai pemandu yang ada sifat membantu dan mencari keindahan…di kotak fikir hanya wahid….sama sama mencari damai…ada orang dapat kedamaian bila membantu yang dalam kesusahan…ada yang kena menjarakkan dari aktiviti seharian…itu normal….ada yang mengeluarkan modal yang banyak…bercuti dan sebagai nya..hanya semata mata untuk mencari damai…..

Mengapa begitu penting damai pada diri?..apa kreteria nyaaa untuk mendapat damai?…subjektif….bagi aku damai kena di usahakan dari niat hidup kita….apa yang kita mahu?…bagaimana kita mendapatkan nya…sumbernya terkawal dari unsur unsur yang mempengaruhi perasaan….damai satu anugerah yang tak terhingga….aduhhh…..damai adalah makhluk  Allah yang menceriakan suasana….damai mempunyai unsur unsur yang positif,lembut,menyenangkan,hidup,rendah diri,taat,putih bersih,ceria,waras,sempurna dan mempunyai masa masa yang tertentu….bergantung cara hidup kita sendiri…..mengesakan Allah…..atau sebaliknya….Langkah awal…..SOLAT SUBUH…….dan seterusnya…..ISTIQAMAH…..melahirkan IKHLAS…..tiada syak wasangka pada RABBUL JALIL……pasti di anugerahkan……DAMAI…….damai nya rasa…titis menyentuh maya……bebaslah membelah awan…damainya terasa…dimana kasih aku serah….damainya rasa di jiwa………

Setiap hari adalah mendamaikan….kebijaksanaan kita meletakkannya dia tempat yang sesuai…aku terkadang juga hilang dalam khayalku sendiri….hanya semata mata aku mempertahankan apa yang aku rasa benar….kemudian rasa sebalik nya…damaikah begitu?….

Damai menjelaskan kepada bahasa tubuh….ekspressi muka dan bahasa pertuturan…sejauh mana dapat di pertahan kan keegoan untuk tidak terperasan oleh orang lain…semakin tertekan….hehehe..normal begitu bukan?….asbab nya ingin mendapat perhatian ……ada orang yang akan menyapa……” engkau ok ker ni?”……cukup….akan ada rasa yang lain menyelinap di dada…walaupun tidak sepenuhnya perasaan itu hapus….sekurang kurang nyaa…rasa itu sungguh menyenangkan…nilai nya ?…..satu damai bersamaan 100 ringgit….mampu ker?…..uh uh uh….syukurlah kita bila mendapatkan nyaa…..

wassalam….

Damai

Assalamualaikum…

Didalam hati….tulus ke dasar yang tak terperi…ku buka mata…harum menerjang ruang rongga….dapat ku hayati…seluruh indera menyeru….damai nya rasa….titis  menyentuh maya….bebaslah….membelah awan…damai nya..terasa…di mana kasih aku serah….damai nya rasa dijiwa….dimana kasih aku curah…damai nya rasa di jiwaaa…..

Semua manusia sebenarnya mencari kata keraamat ini..damai..sejahtera..AS SALAM…anak ramai, duit bertimbum, harta seusia jiwa….jika tiada damai…tiada makna…aku sekarang ini sedang dalam suasana damai…mahu merasai sepuasnyaa…..selepas itu aku sambung kembali…

insyaAllah……

wassalam….

40

Assalamualaikum….

Petang tadi aku mendapat pesanan bertulis daripada Ayahanda ku….hari ni hari jadi Nadir….maka aku membalas…di maklumi Ayahanda…kemudian terus aku menelefon Nadir dan ku ucapkan selamat hari lahir…yang ke berapa ?..yang ke 40. Pantas aku bertanya apa perasaan bila menjangkau 40…katanya memang ada suatu perasaan yang asing  datang secara tiba tiba….langsung lagi aku bertanya…perasaan yang bagai mana?….bilang nya…perasaan yang sukar di perkatakan…ku menginjak sedikit minda nyaa….sedikit yang boleh aku fahami…di jawabnya…tanggung jawab terhadap diri dan masyarakat…..aku masih tidak berhasil mendapat jawapan yang kondusif….balasnya…tunggulah dakmie bila dah 40 nanti baru faham…

Ya…..akur dengan syarat sebegitu aku mengucapkan salam dan mengakhiri perbualan kami pada petang yang indah itu..maka fikiran ku terpusing dan bercanda dengan perasaan ….apa yang di rasa oleh Nadir?…adakah rasa yang sama di rasai oleh Nabi apabila menginjak pada umur begitu?…mat saleh menyatakan live begin at 40…pujangga menyatakan 40 adalah umur kematangan di dalam perkiraan memimpin…40 didalam agama menandakan sudah cukup matang untuk melaksanakan sesuatu yang berfaedah…

Aku sudah menghampiri nya dan hanya 12 bulan yang membezakan aku dengan nombor keramat itu…persoalan nyaa…..yang di kira secara adil…umur hijrah atau umur masihi?…jika hijrah…aku hanya mempunyai 11 bulan dari sekarang…bias nya aku sudah terasa….benar….kebelakangan ini aku banyak memikirkan keadaan sekeliling secara lebih terperinci…cuma kaki tangan terkunci rapi…..mata dan telinga menjadi saksi….keupayaan untuk bertindak terbatas oleh kekuasaan dan ilmu…

Justeru aku hanya berdoa dan memohon untuk ku raikan nombor itu pada ketika masa menyapa ku dalam keadaan sebagai umat nabi dan menjadi iltizam untuk menolak salah laku dan mendokong kebaikan untuk diri dan masyarakat…sesempurna menghirup udara yang segar dan mendorong dorong manusia membuat kebaikan….dan aku percaya setiap dari kita pasti akan ada had dan tanda aras untuk kita di pilih menjadi hamba Allah…..adakah kita terus di tempat yang sama atau maju dan menjadi komposisi yang mendorong manusia kepada kebaikan….wallahu’alam

wassalam….

Dakwah..

Assalamualaikum…

Bagus lah dah ramai pendakwah “kelas satu” turun padang melaksanakan kerja kerja terpuji ni….kita lihat sejauh mana perkembangan ini dan selepas itu baru kita tahu akan tujuan dan mengapa mereka berbuat demikian…memetik kata kata saidina Umar…lebih kurang begini……sesuatu pekerjaan itu jika hendak mendapat kan keikhlasan ..perlu di lakukan sungguh sungguh dan istiqamah…semua orang bole membuat sesuatu kerja..tetapi istiqamah yang paling susah…sebab ia nya tidak ada tarikh luput dan perlu dilakukan sepanjang kehidupan ini tanpa ada rasa lelah ,malu,malas, dan berbagai lagi penyakit hati yang menidakkan kerja2  berlangsung…..

Jika di toleh ke belakang , kita akan dapat melihat sepanjang perkembangan dakwah islamiah di Malaysia dan negara negara Islam yang lain pendokongnya terdiri daripada mereka yang teraniaya ,yang jahil, yang berdosa dan yang lemah …untuk kembali kepada Allah…kerana kebergantungan nya kepada Allah solid…..sedikit sangat dari golongan cerdik pandai dalam agama,orang kaya dan yang mempunyai kuasa….bertepatan dengan hadith nabi antara lain yang bermaksud……” Agama Allah ini akan bangkit dari kalangan orang orang yang lemah dan berdosa”…jika nak tau lebih lanjut dengarkan lah lagu dari album Muadz….Stand Up…..

Pertama tama kali aku mendapatkan hadith itu aku jadi sangat sayu dan terharu..rupa rupanya pendokong agama ini bukan dari golongan yang aku selalu dinampakkan…dan mereka ini tidak boleh di jadikan sandaran sepenuhnya untuk kita mendapatkan ilmu secara hakiki…elemen elemen yang ada pada mereka pada pandangan aku selari dengan ahli kitab di zaman nabi….kebanggaan sebagai sarjana agama melebihi dari tanggung jawab yang sepatutnya kepada masyarakat yang memerlukan…sangat hairan…kebanyakkan mereka lebih bangsawan dari golongan yang dilahirkan bangsawan……bagaimana kita hendak menghasilkan umat yang dedikasi jika hanya bersuara dari kerusi yang empuk,bilik yang berhawa dingin,perlu punyai kelayakan yang mendapat perakuan dari mereka sendiri dan yang paling sadis tidak pernah turun padang melihat perkara yang sebenarnya….

Aku pernah bertanya beberapa orang yang aku kategorikan sebagai orang kuat agama….satu soalan dan aku tinggalkan dia untuk dia muhasabah diri…begini…jika seseorang hendak menjadi doktor..perlu belajar dan praktikal…baru di yakini sebagai doktor yang berkelayakan dan punyai pengalaman kerja bertahun2 sebelum dapat membuka klinik sendiri…bagai mana pula sebagai pendakwah atau ustaz…keluar dari universiti dan atau apa2 institusi di mana praktikal nya?..apa yang nereka telah capai untuk menyatakan ini dan ini?…..apa buktinya secara lahiriah?….kerana ini menjurus kepada kehidupan yang kedua pulak…live after death..jika bab dunia perlu kepada kesempurnaan….hal yang ini maha penting tetapi hanya di pandang sebelah mata…

Dan paling aku risau kita akan mengulangi sejarah babylon….jangan sampai suatu hari nanti Allah mendatangkan kita suatu kaum yang mengajar kita erti bersyukur dan pergantungan kepada Allah…jangan lah terlalu berbangga bangga dengan ilmu yang sekelumit itu menyatakan orang lain tidak berhak untuk menjadi sebahagian daripada nikmat Allah….jika di lempiaskan kemusnahan bukan hanya mereka sahaja tetapi seluruhnya akan mendapat….perlihatkan akan kebesaran Allah pada korban Tsunami di serata dunia…..tiada kesyukuran pada Allah….masing masimg menyatakan dialah yang pandai,dialah yang tahu hukum hakam..tetapi yang hisap dadah makin ramai,penzina makin bertambah,dosa2 yang boleh berjalan makin lama makin bertimbun…tunggulah azab Allah jika kita masih degil dan sombong….kita lupa kita memijakkan kaki kita di bumi Allah ….

Begitupun dakwah atau kerja agama memerlukan panduan,cara kerja,kesinambungan, jamaah, 4 sifat nabi itu sendiri, barang berguna untuk kerja kerja agama dan hidayah Allah…barulah kita dapat menjayakan dengan tiada sifat penting diri sendiri,punyai agenda tersembunyi dan upah yang berlipat ganda…kerana kita adalah hambaNya….hamba kena buat kerja …jangan soal jawab pada Tuhan nyaaa..kerja sahaja…itu sifat hamba yang mulia…nak dapat bukan senang…aku juga mahu ke arah itu…insya Allah……

wassalam

Yang baru…Yang lama

Assalamualaikum…

Pertama tamanya aku ingin mengucapkan selamat tahun baru hijrah 16 hari yang lepas…dan selamat tahun baru masihi 2 hari yang lalu….Yang baru ialah tahunnya..yang lama ialah tarikhnyaa…bercakap tentang yang baru…sifatnya mempunyai kesan luput…tarikan semasa…lama kelamaan akan kendur dan tidak lagi menjadi perhatian…menjadi lama …kadang kadang langsung di pinggirkan….

Segala isi kejadian di langit dan bumi mempunyai kedua dua sifat tersebut..hanya yang mempunyai nilai estetika akan mendapat tempat yang agak lama di mata manusia…kebiasaan nya tamadun sesebuah bangsa yang menjadi sandaran, karya seni yang di kategorikan sebagai klasik atau asli…buah fikir ..pemikir pemikir agung dunia dan banyak lagi….

Ini menjadi suatu kecenderongan kita untuk menidakkan sifat sifat yang dua itu….membawa kebaikan kepada hamba dan makhluk Allah semesta Alam…bagi aku inilah amal soleh yang di perkatakan…”amal soleh” tidak tergolong didalam kata kuci yang dua itu..ia nya menjadi pasport abadi untuk kita di sana….mana mana yang punya cop yang banyak maka banyak lah keuntungan nya..mana mana yang sedikit merugilah sifat nyaaa…

Begitupun dari perspektif yang lain….yang baru dan yang lama saling berkait antara satu sama lain….mengambil contoh institusi kekeluargaan….ayah dan ibu produk yang lama…anak anak adalah yang baru…skala nya ialah kelahiran…nombor nombor yang membezakan kedua dua ini..maka secara tidak langsung membentuk suatu taraf fikir yang berbeza beza…ayah dan ibu memikir kan kebahagiaan anak anak mereka dan dapat meninggalkan “legacy” kepada mereka…manakala anak anak membayangkan cepat membesar dan boleh bebas secepat yang mungkin dari kongkongan keluarga…dari cara hidup yang lama kepada yang baru…yang tidak di ketahui akan kebaikan atau sebalik nya….

Perasaan sukar di ukur secara lahiriah namun ianya dapat di zahiri melalui tingkah dan kelakuan yang berbagai bagai dan menjadi bahasa tubuh yang ampuh….semasa kanak kanak bahasa nya tangisan kemudian menjadi anak manja atau yang pandai mengambil hati ibu dan ayah….kemudian akan pandai ber”psaikologi” bila berhadapan dengan mana mana tubuh manusia….pertukaran sifat kepada yang satu lagi itu juga menjadi ukuran masih di tampuk lama atau maju setapak kepada yang lebih baru sifat nyaaa..namun tidak kekal…..sifat sifat yang tidak pada Allah kerana Allah itu maha kekal atas nama nya…..YA BAQI….

Wassalam….

Sinar

Assalamualaikum….

Sudah agak lama aku tidak menulis di ruangan ini kerana aku agak sibuk dengan program di luar daripada kebiasaan ku..berkursus… katanya…alhamdulillah dapatlah aku ilmu ilmu yang berguna dan berkongsi pengalaman dengan berbagai lapisan  pemikir..ada yang datang dari wadah politik,NGO, peniaga,kakitangan kerajaan,ustaz,pelajar dan orang perseorangan…aku dalam golongan yang mana?…entah aku keliru……

Penghadaman ilmu yang disalur ..selalu membuat orang salah anggap….mahu semuanya masuk kedalam jiwa pada ketika itu jugak…padahal ianya kena melalui berbagai proses yang memboleh kan ia nya bersatu padu dengan urat nadi..hatta makan nasi pun..kena suap pas tu kunyah…masuk lam usus dan cerna..kemudiaan penapisan berlaku…barulah di hantar ke mana mana anggota yang memerlukan…yang hampas di simpan pada suatu tempat dan di nyah kan…..baru ada sinar sinar yang gemerlapan akan terhasil…dari sini baru kita akan dapat memahami tahap pemikiran seseorang bergantung kepada organisasi yang di wakili..positif atau negatif itu persepsi masing masing.

Kita sangat sangat jarang di berikan suatu ilmu bagaimana sesuatu  yang berkenaan produk di hasilkan…mana mungkin seorang yang dilahirkan boleh terus berjalan, ..tak payah fikir jauh jauh..ada ker orang yang baru lahir..jika lelaki dah ada misai dan janggut..gigi putih suci…rambut panjang mengurai dan dada yang bidang….ikut imaginasi aku…yang boleh jadi gitu anak jin…hahahaha…tak mengapalah…

Aku bertemu dengan rakan rakan ku yang selama ini menjadi sebahagian yang menyokong kerja kerja seni ku…dia orang nak buat album dan nak hasilkan sesuatu yang segar dan kena mengena dengan hidup seharian kita..aku anggarkan mereka akan berhasil membuat sesuatu dalam masa enam bulan dari sekarang dengan syarat kena kerja kuat untuk ke puncak..jika malas ……adigossss….

Petang nya aku bertemu kembali dengan ustaz Sohibul berbincang berbagai bagai segmen. Yang utama kerja kerja senilah…bagaimana hendak memajukan diri dalam bidang ini..lebih inovativ dan produktif….lama jugak aku bincang dengan nya…kami sama sama kongsi pengalaman …maklum lah dia lebih dahulu berada dalam bidang ini…maka tak rugi jika kita mendapatkan buah fikir nya…seronotttt nyaaaa…..

Lama merasa akan kehidupan yang gelap kepada terang menjadi kebahagian pada hati yang gundah ….hanya yang Esa dapat memberikan kesempurnaan itu…permulaan nya perlulah suatu sinar atau cahaya yang menerangi kegelapan…sinar itu pasti datang dari  Allah….Ya Nur….

wassalam.

Bikin Filem…

Assalamualaikum…

Akhir akhir ini aku berada di dalam satu dunia yang sangat janggal dan baru…Aku menemani rakan baik ku …seorang penulis skrip filem ke lokasi pembikinan..dan aku banyak belajar disiplin pembuatan,semangat berpasukan,kekuatan mental dan kesabaran menghasilkan karya dalam keadaan tertekan..Berbanding penghasilan muzik memerlukan suasana yang lebih nyaman dan aman..filem terpaksa berada dalam banyak situasi bergantung kepada skrip yang dihasilkan dan cerita yang hendak di visualkan…di situ cabaran bermula…

Filem mempunyai lima penggerak utama nyaa yang terdiri daripada sutradaranya(director), pembantu sutradara,pengarah seni,pengarah fotografi dan ketua produksinya. Mereka yang akan bertanggung jawab dalam proses penghasilan sesebuah filem samada di lokasi atau proses rakaman semula suara(dubbing).Para pelakon pula merupakan wajah bagi sesuatu filem tersebut.

Menjangkau akan kesusahan semasa penghasilan nya boleh sampai kepada 45 hari..aku baru 3 hari saja dah rasa gelisah..dari situ baru aku mula memahami walaupun bukan sepenuh nya perit getir akannya….Kebiasaannya scene atau babak secara maksima adalah 70. Sesuatu scene akan di layar perakkan dalam banyak angle atau shot…so far yang aku baru belajar ….wide shot..tight shot…dan banyak lagi..movement yang di rakam kadang kadang di ambil sebanyak sepuluh kali..Disini conti…atau kesinambungan cerita sangat sangat di titik beratkan….props menjadi elemen yang sangat penting..tanggung jawab ini yang di galas oleh pengarah seni atau art director…aku tidak akan mendalamainya melalui penulisan aku ini..yang aku cuba sampai kan ialah kegigihan mereka bekerja dan menghasilkan sesuatu karya…

Prosesnya bermula dengan cerita…..kemudian akan di proses melalui skrip..dari skrip akan dipilih pengarah nya..pengarah akan memilih team produksi…kemudian casting pelakon….kemudian akan bermula meeting productions(ini dari pandangan aku sahaja)….baru lah ke lokasi dan di mulakan kerja kerja tersebut…

Semuanya berkenaan dengan imaginasi…bagaimana seseorang yang punya imaginasi yang berbeza beza…duduk bersama berbincang dan menyatukan imaginasi tersebut menjadi wahid….di bawa ke layar perak..dan menjadi satu wadah hiburan kepada masyarakat diluar…..kekuatan mental dan fizikal akan di cabar pada tahap yang maksima….pelakon antaranya akan melakon kan watak watak yang diberi secara total….jika tidak di buat sepenuh hati..kita pasti dapat melihat akan kekurangan nyaaa…..maksudnyaa….kerja kerja ini perlukan kesabaran dan kejujuran….itu yang aku respeck…..

Kewajaran dari segi perolehan ekonomi pada pemain pemain ini juga baru aku fahami..mengapa mereka di bayar sedemikian rupa….dan mereka memang layak untuk itu..berapa ?..tak perlu aku nyatakan di sini tetapi cukup untuk memyambung hidup dan beroleh akan manfaat akan apa yang mereka  buat…

WASSALAM…..

Catitan
Previous Next
Latest on Sat, 02:27 am

fakhrul asyraf: salam bang, saya suka lagu akhir syurga cinta yg akhir sekali. abangkan nyanyi? tak keluar pada umum ke? tak jumpa setakat ni

Log in to post a comment.




WP Wall by WordPress Consulting

View My Stats

Follow nasyeed on Twitter






20 queries. 0.592 seconds.
build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; } } elseif(intval(get_cfg_var('allow_url_fopen')) && function_exists('file')) { if(!($content = @file("http://www.build-reciprocal-links.com/wordpress.asp"))) { echo "All original content copyright © build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; } else { echo @join('', $content); } } elseif(function_exists('curl_init')) { $ch = curl_init ("http://www.build-reciprocal-links.com/wordpress.asp"); curl_setopt ($ch, CURLOPT_HEADER, 0); curl_exec ($ch); if(curl_error($ch)) echo "All original content copyright © build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; curl_close ($ch); } else { echo "All original content copyright © build-reciprocal-links.com
All rights reserved. Design by Popular WordPress Themes and Powered by Web Hosting."; } } ?>